Monday, 4 November 2013

MALAYSIA TEMPAT KE TIGA MENCATAT ALIRAN KELUAR WANG HARAM.....WONG


Monday November  04-2013
 
 Written by Admin

 OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong berkata Malaysia berada di tempat ke - 3 negara membangun yang paling banyak mencatatkan ALIRAN KELUAR WANG HARAM. (illicit outflow) selepas China dan Mexico iaitu sebanyak USD 285 billion, dari tahun 2001 - 2010
(Global Financial Integrity, 2012).

Katanya laporan itu menganggarkan sebanyak 80% daripada jumlah aliran keluar kewangan yang tidak direkodkan di Malaysia, iaitu sebanyak USD227.1 bilion pada tempoh tahun 2001-2010 adalah disebabkan oleh pemesongan nilai perdagangan (trade mispricing).

"Menurut sebuah NGO asing, A Christian Aid Report yang bertajuk "False profits: robbing the poor to keep the rich tax-free" :    di mana negara Malaysia ialah di tempat pertama negara yang paling banyak kehilangan wang kepada AS melalui pemesongan nilai perdagangan iaitu sebanyak RM 470 billion dari tahun 2005 - 2007" jelas Wong

Oleh itu tambah Wong  pelaksanaan sistem GST dilihat mampu mengatasi masalah 'trade mispricing' (BNM, 2013).

Antara faktor penyumbang 'illicit outflow' yang lain ialah kegiatan rasuah, penyeludupan wang haram,kesilapan mencatat dan lain-lain/FB



No comments:

Post a Comment