Tuesday, 5 November 2013

KAEDAH PALING BALING MENGHANTAR KANAK-KANAK PRA SEKOLAMUR 4,5,DAN 6 TAHUN..AU


Selasa 05 November 2013

Written by Admin

OLEH:  CHARLES P ANDIANG


ELOPURA:- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Elopura Datuk Au Kam Wah berkata  kaedah yang paling terbaik ibubapa menghantar di kmereka kepusat-pusat pendidikan  pra sekolah  untuk mendapatkan pendidikan awal  antara umur antara empat,lima dan enam tahun.

“Di pusat-pusat ini telah menyediakan guru-guru yang berkamahiran  dan terlatih  didalam membentuk perkembangan  emosi dan sisio anak-anak diperingkat tersebut” kata Au.

Au menambah pendedahkan  awal melalui  system 3M  itu seperti Membaca, Mengira dan Menulis disamping itu juga  kanak-kanak akan diterapkan dengan nilai-nilai murni didalam jiwa dan jati diri mereka.

Au berkata demikian ketika berucap merasmikan   Majlis Mini Konvokesyen TABIKA KEMAS  Kampung Muhibbah dekat sini kelmarin.

Melalui system 3M juga, jelas Au kanak-kanak tersebut boleh mengembangkan daya pemikiran yang kreatif dan inovatif apabila mereka meneruskan pendidikan ke sekolah rendah nanti dan kanak-kanak ini akan mempunyai keyakinan diri.

“Anak-anak kecil ini haruslah diberi perhatian dan bimbingan berterusan yang bermaksud semasa di sekolah, guru-guru akan memberi mereka pendidikan sebaik mungkin.


Akan  tetapi dalam konteks ini saya ingin mengingatkan kepada ibubapa   haruslah bekerjasama dengan guru-guru apabila kanak-kanak ini berada di rumah, beri bimbingan seterusnya  ini untuk membolehkan daya ingatan  terhadap pembelajaran akan berkekalan” ujar Au.

Selanjutnya Au mengucapkan tahniah dan syabas  kepada kanak-kanak yang menerima Anugerah Kecemerlangan 3M  pada  Mini Konvokesyen  dan tahniah juga kepada guru-guru  dan ibubapa  terbabit yang memberi dorongan, semangat dan galakan sehingga mereka mencapai kejayaan tersebut.

TAHNIAH.....Au menyampaikan sijil kepada salah seorang murid TABIKA



No comments:

Post a Comment