Tindakan Amerika dilihat sebagai
mencabar kedaulatan negara serta merendahkan keupayaan keselamatan negara
By Admin
PETALING JAYA: Ekoran pendedahan tergempar bekas
pakar perisik komputer National Security Agency (NSA), Edward Snowden berkenaan
laporan kegiatan perisikan Amerika Syarikat baru baru ini mendapat perhatian
khusus dari Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Dalam kenyataan akhbar beliau tengahari ini, Ketua Pemuda
Umno itu menempelak tindakan Amerika itu yang dilihat sebagai
merendah-rendahkan kemampuan risikan oleh pihak keselamatan Malaysia.
Tambah beliau, kegiatan perisikan Amerika tersebut dilihat
sebagai mempertikaikan kedaulatan negara Malaysia termasuk negara-negara yang
menjadi sasaran.
“Laporan kegiatan perisikan yang dibocorkan Snowden itu,
menimbulkan persoalan tentang keikhlasan dasar hubungan diplomatik Amerika,”
“Pemuda Umno melihat tindakan ini sebagai
merendah-rendahkan martabat atau kedaulatan negara,”kata Khairy.
Dalam pada itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan
turut mempersoalkan alasan Duta Ameika Syarikat ke Malaysia Joseph Y. Yun
yang berkata bahawa tujuan risikan yang dilakukan oleh Amerika hanya untuk
memantau kegiatan pengganas di rantau Asia Tenggara.
“Alasan Duta Amerika Syarikat tidak boleh diterima sama
sekali yang kononnya bertujuan memantau kegiatan pengganas dan senjata pemusnah
besar-besaran (WMD),”
“Jika Amerika Syarikat ikhlas dengan persahabatan
yang telah dijalinkan sejak sekian lama dengan negara kita, mereka hanya perlu
meminta bantuan”
“Bekerjasama rapat dan berkongsi maklumat tentang ancaman
tersebut dengan pihak berkuasa Malaysia seperti polis dan tentera untuk
tindakan selanjutnya,” ujar beliau.
Sehubungan itu, Pemuda Umno memandang serius isu risikan
yang dilakukan oleh Amerika dan turut menggesa Kementerian Luar supaya
mengambil tindakan segera dengan meminta As menjelaskan kesahihan laporan
laporan risikan tersebut.
Baru-baru ini dunia telah dikejutkan dengan pendedahan
risikan negara Amerika yang mempunyai lima pengkalan risikan rahsia di lima
buah kedutaan di Asia Tenggara.
Di dalam satu laporan akhbar Australia, selain Kuala
Lumpur, Amerika Syarikat turut menjalankan kegiatan risikan di Jakarta,
Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.
Selasa lepas, majalah nombor satu Jerman Der Spiegel
turut menerbitkan peta lokasi risikan Amerika yang direka untuk memantau talian
telefon serta rangkaian komunikasi di 90 buah lokasi seluruh dunia. fmt
No comments:
Post a Comment