Sabtu 09 November 2013
Written by Admi
BINCANG....Wong sedang berbincang dengan Lu mengenai insiden tersebut
OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN:- Seorang wireman Mustafa Mustamin 20 yang terbunuh di bangunan dua tingkat yang masih dalam pembinaan di IJM Batu 6 Jalan Labuk dekat sini baru-baru ini adalah pekerja kepada Pemborong Asas Sdn Bhd.
Menurut
Pengarah syarikat tersebut Lu Kim Yip sebelum kejadian mangsa dikatakan berada di bawah bangunan
tidak semana-mana simen runtuh dari atas dan kemudian menghempap mangsa.
Para
pekerja lainnya langsung tidak menyedari apa yang telah berlaku kepada mangsa
terbabit setelah menyedari kehilangan
seorang pekerja bila mana dikira oleh
mandor binaan mendapati kurang satu barulah mereka bergegas mencari mangsa rupa-rupanya
mangsa sudah meninggal dunia di bawah bangunan tersebut.
TINJAU...Wong bersama Pegawai Khasnya meninjau ke tempat tragedy
Ahli
Parlimen Sandakan Stephen Wong dan rombongan yang telah dimaklumkan pergi ke
tempat kejadian dan berjumpa dengan Luk Kim Yip dan menjelaskan degan
terperinci mmengenai insiden tersebut.
Wong
amat simpati keatas insiden tersebut sepatutnya pihak kontraktor mengutamakan keselamatan para pekerjanya agar tidak berlakunya seperti yang telah menimpa mangsa.
Saya
harap pihak kontraktor agar dapat
memberi pampasan dan membantu menguruskan tuntutan insurans sekiranya mangsa
mempunyai insurans demi meringankan beban yang ditanggung oleh
keluarga mangsa berkenaan” ujar Wong.
Dalam
insiden ini Wong turut marasa kecewa seperti yang telah dimaklumkan oleh Lu
bahawa kejadian tersebut lebih kurang jam 4.50 petang pihak Pasukan Perkhidmatan dan Penyelamat Bomba
yang dimaklumkan mengenai tragedy tersebut sekali datang jam 8.00 malam.
“Saya
mahu tanya dengan pihak Bomba kenapa begitu lewat dan lambat sampai
ke tempat kejadian mahu juga memakan masa hampir tiga (3) jam adakah ini system
yang diguna pakai oleh Jabatan Bomba
melambat- lambatkan kalau hendak membantu mana-mana mangsa yang ditimpa kemalangan”
Tanya Wong.
No comments:
Post a Comment