Written by Admin
OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa
Hj Aman berkata kejayaan untuk membangunkan
sesebuah negeri yang memiliki masyarakat majmuk pastinya memerlukan sokongan
dan komitmen seluruh lapisan masyarakat
Menurut beliau ia bagi menjamin perkongsian
manfaat pembangunan dinikmati secara saksama, sekali gus mengelak berlakunya
perbalahan yang boleh meruntuhkan benteng perpaduan masyarakat majmuk.
“Sempena sambutan Maal Hijrah pada tahun ini,
marilah kita mengukuhkan perpaduan dan kerjasama bukan sahaja kalangan sesama
umat Islam tetapi juga antara rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di negeri
ini.
“Pendekatan ini terbukti berjaya mewujudkan
kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kerharmonian rakyat seperti yang
mana yang kita nikmati sekarang,” katanya ketika melancarkan sambutan Maal
Hijrah peringkat daerah Sandakan di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya sambutan Maal Hijrah
adalah kesempatan terbaik untuk memantapkan lagi perpaduan dan penyatuan ummah
yang sememangnya relevan dengan kehendak dan tuntutan semasa.
Menurutnya ia memerlukan rakyat di segenap
lapisan di Sabah bertindak mulai sekarang untuk kembali memperkukuh dan
memantapkan silaturahim demi membentuk ukhuwah Islamiah yang lebih teguh.
Turut hadir
pada majlis sambutan tersebut ialah Ahli Parlimen Libaran Datuk Hj Juslie Ajirol, ADUN Gum Gum Datuk Hj
Zakaria Hj Edris, ADUN Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya, Ketua Bahagian UMNO
Sandaan Tan Sri Hj Ampong KK Puyon, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan
(MPS) Hj Mohd Hamsan Hj Ag Supain dan
dif-dif kehormat serta para pegawai
kanan kerajaan negeri dan persekutuan.
HADIR.....Musa bersama para pemimpin kerajaan hadir di majlis tersebut
No comments:
Post a Comment