Saturday, 2 November 2013

GANDINGAN LAMA DAN BARU BARISAN AJK BAHAGIAN UMNO SANDAKAN SEMAKIN MANTAB



Writter by Admin
DARI MEJA SUB-EDITOR
SHAIMON S JUMADI
 

PERLANTIKAN  Datuk Hj Affendy Datuk Hj Hamdan sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Hj Hamdan Dikong sebagai Setiausaha Bahagian dan Mohd Hj Utong sebagai Bendahari UMNO Bahagian Sandakan pada Mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Sandakan akan menguatkan  dan memantabkan  jentera perjuangan UMNO Sandakan.
Tidak keterlaluan jika saya memperkatakan bahawa  ketiga orang yang dilantik untuk menjawat-jawatan tersebut mereka bukan calang-calang orangnnya semuanya  berkebolehan, berpengalaman serta berpengaruh hingga ke akar umbi.

Kemenangan Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Sandakan pada 19 Oktober lalu setelah menewaskan dua pencabarnya iaitu Datuk Hj Awang Sham Amit dan Sahari Ahmad dengan kemenangan mejoriti sebanyak 241 undi ini telah menunjukan bahawa sebahagian perwakilan masih setia dan memerlukan khidmat Ampong  untuk menerajui kepimpinan UMNO Bahagian itu bagi 2013-2016.
 
Memang dari awal-awal lagi kemenangan akan berpihak kepada Tan Ampong ini ekoran daripada kemenangan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong,Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Sandakan pada 12 Oktober 2013.

Free Sandakan Today yang sentiasa mengikuti perjalanan dan perkembangan semasa senario politik UMNO Sandakan telah membayangkan bahawa ketiga pemimpin dalam UMNO ini antaranya Tan Sri  Hj Ampong, Datuk Hj Alipuddin dan Datuk Hj Awang Kadin akan memperolhi kejayaan bagi memenangi ketiga-tiga kerusi yang menjadi bahan rebutan antara satu sama lain telah menjadi kenyataan.

Diharap dengan kemenangan barisan-barisan pemimpin UMNO ini lantaran  UMNO Sandakan akan lebih kuat untuk menghadapi musuh-musuh politik yang sentiasa  menggugat  dari masa kesemasa dan kepada ahli-ahli UMNO yang tewas dalam pertandingan apa saja jawatan agar  tidak timbul rasa dendam  antara satu sama lain lagipun pertandingan ini dijalankan  secara kekeuargaan dalam UMNO selaras dengan seruan Presiden UMNO dan selari dengan transformasi UMNO yang mengamalkan system demokrasi.

Yang penting semoga selepas pemilihan ini semua ahli-ahli UMNO sama ada yang tewas mahupun menang teruskan  perjuangan dan semaikan semangat  bersatu  padu untuk menjalinkan hubungan mesra  seperti biasa dan berazam bertekad untuk mengembling tenaga  berjuang membantu kepada Bahagian  demi bangsa, agama dan tanah air.

Kepada sayap kanan dan kiri UMNO seperti Pemuda, Wanita dan Puteri yang terdiri daripada golongan muda  yang berwawasan  jaun haruslah membantu untuk memberi imput-imput atau idea-idea bernas ataupun yang disebut collective Idea untuk dikongsi bersama bagi merealisasikan  dan menjayakan  aktiviti-aktiviti  bahagian masing-masing yang sedang dan akan di rancang nanti.


ALBUM KENANG-KENANGAN......Tan Sri Ampong bergambar bersama-sama AJK Bahagian UMNO Sandakan sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat  Pertama AJK UMNO Bahagian Sandakan bagi sesi 2013-2016 Kelihatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Noraini Sulong









No comments:

Post a Comment