Friday 3 January 2014

AHLI PARLIMEN SANDAKAN WONG MELAWAT TAMAN MESRA TINJAU PELBAGAI MASALAH



Written by Admin
Friday  Januari 03,  2014

 OLEH: SHAIMON S JUMADI
  FOTO SAFFIE S JUMADI

ELOPURA:- Tindakan pihak Majlis Perbandaran Sandakan  (MPS) yang mengendalikan kerja-kerja penyenggelaraan   bagi membersihkan semua tangki  air yang melibatkan   keseluruhan 57 blok di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra dua minggu lalu merupakan satu tindakan yang patut dihargai oleh semua penduduk terbabit kerana mengambil  kira menjaga kebajikan para penduduk berkenaan.

Tetapi  amat mendukacitakan dan malang sekali  setelah kerja-kerja penyenggelaraan selesai bukan pula semua tangki yang dicuci itu bertambah baik  namun sebaliknya bertambah buruk semua tangki yang ada di 57 blok itu   yang diletakan diatas bumbung rumah mengeluarkan  air melempah ruah  mengalir kebawah  sudahlah begitu tiada sesiapa yang mahu ambil peduli walaupun fenomena ini telah menjadi kemarahan di kalangan semua penduduk terbabit.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong yang dihubungi dan   di maklumkan mengenai hal tersebut bergegas datang Taman Mesra pagi tadi bersama-sama rombongannya bagi meninjau keadaan sebenar  memang ternyata semua blok yang ada di Taman Mesra terlibat  dalam perkara yang sama.

Beberapa penduduk yang sempat menemui Wong antaranya  salah  seorang   penghuni Blok 29 Lot 2D yang dkenali sebagai Sabturi Sardi menjelaskan selain tangki air dibloknya  menjadi masalah  bahkan  saluran najis juga turut  bermasalah kerana bocor di sana sini sudah bertahun-tahun lamanya langsung tidak diambil peduli oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan.

Wong juga telah meninjau dan memeriksa saluran parit yang tersumbat oleh sampah sarap dan menyebabkan air bertakong dan ini juga tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Kata Sabturi   ekoran kegagalan pihak MPS membersihkan saluran-saluran parit yang dipenuhi oleh sampah-sampah penduduk Taman Mesra kerap kali  dijangkiti wabak demam denggi berdarah dan banyak yang sudah mampus (meninggal Dunia) inipun pihak MPS langsung tidak memperdulikannya.

“Tetapi kalau penduduk yang gagal membayaran sewa bulanan selama tiga bulan berturut-turut   rumah terus  dikunci/sita sambil membawa polis bersenjata menghalau penghuni tak ubah  seperti anjing dan binatang mereka buat langsung tiada rasa perikemanusian dan begitu kejam.



“Dan kalau kita buat aduan dipejabat MPS mengenai masalah yang terdapat di Taman Mesra malah para pegawainya cakap kalau kamu tak suka atau tak selesa tinggal di PPR Taman Mesra  lebih bagus keluar saja : ujarnya.

Bercakap kepada Wartawan Free Sandakan Today.com  Wong meminta pihak kerajaan khususnya Majlis Perbandaran Sandakan supaya menyelesaikan segala  masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Mesra bukan saja masalah tangki air bahkan masalah kebersihan alam sekitar  perlu diambil kira dan dipandang serius seperti saluran-saluran parit tersumbat perlu diatasi segera kerana ini tempat menternak bagi pembiakan nyamuk Aedes.

“Apapun kata Wong pihak Pejabat Ahli Parlimen Sandakan akan mengutus surat rasmi kepada pihak MPS untuk memaklumkan mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh penduduk  Taman Mesra .

Kata seorang penduduk Blok 16 yang tidak mahu disebut namanya juga turut mendakwa sekiranya pihak MPS terus membiarkan dan tidak mengambil tahu khususnya tidak mahu membersihkan saluran parit yang bertakong kemungkinan ramai penduduk Taman Mesra  jadi Arwah (Mati) dijangka  80 peratus terkena jangkitan wabak demam denggi berdarah  



No comments:

Post a Comment