Friday 3 January 2014

ADUN SUGUT PECAT CDO DAN 4 PEMAJU MASYARAKAT TIMBUL KONTRAVERSI



Written by Admin

Friday January 03 2014



OLEH: CHANG TING LOI


BELURAN:- Empat kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Dewan Undangan Negeri Sugu telah ditamatkan jawatan mereka atas arahan wakil Rakyat kawasan berkenaan ,Datuk James Ratib berkuatkuasa kelmarin (1/1/2014)

Mereka yang ditamatkan perkhidmatan melalui sepucuksurat yang dihantar kepada setiap merek dari Pejabat UPKR Negeri bermula dengan notis sebulan yang bertarikh 1 Disemberdanberakhirpada 31 Disember 2013ialah,Ahmat H Mohd Said (Pegawai Pembangunan Masyarakat@CDO) Abdul Iabad Mohd Ali (PemajuMasyarakat) Edwerd Lai (PemajuMukin) dan Jainuddin Hj Shaifuddin.

Bertemu media  di sini kelmarin, Ahmat Hj Mohd Said, berkata walaupun terkilan dengan tindakan  mengejut Wakil Rakyat Sugut itu, namun mereka yang ditamatkan jawatan  juga akur dengan kuasa yang ada pada Datuk James Ratib selaku ADUN Sugut.
Mereka yang memegang jawatan CDO dan Pemaju Masyarakat adalah lantikan yang dibuat oleh wakil rakyat sebelum ini iaitu Datuk Surady Kayong.
“ Saya dilantik ke jawatan CDO semenjak 2007 ,manakala Abdul Iabad Mohd Ali pula mula dilantik oleh Sarudy semenjak 1994 demikian juga dengan Edward dan Janaiuddin, yang ditamatkan perjawatan kami oleh  Adun Sugut selepas mencurahkan khidmat yang agak lama”
“Penamatan ini bukan disebabkan kami tidak memberikan khidmat terbaik sepanjang menjawat jawatan tersebut kerana kami telah membuktikan bahawa semua tugas dan tanggungjawab yang diserahkan telah dilaksanakan dengan baik”KataAhmat.
Malah katanya, semua mereka turut berkerja keras dalam berkempen bagi memasti kemenangan calon BN di Beluran yang melibatkan DUN Labuk,Parlimen Beluran.Termasuklah kemenangan James Ratib selaku calon BN di DUN Sugut.
Bagaimanapun yang Menyebabkan mereka terasa terkilan penamatan itu atau lebih jelas menurut Ahmat Hj Said sebagai satu Pemecatan merupakan kesan perbezaan pendapa beliau dengan kumpulan James pada pemilihan Umno Bahagian Beluran 19 Oktobert ahun lalu.
“Pada pemilihan bahagian  kami berpihak kepada mantan Timbalan Ketua Bahagian Umno Beluran saudara Aspah Abdul Sani yang bertanding jawatan Ketua Bahagian menca barkedudukan James selaku ketua”
“Pada pertandingan yang dipertikaikan oleh sebahagian ahli-ahli Umno akar umbi ,James menang untuk mengekalkan jawatan ketua bahagian Umno Beluran yang menjadikan beliau semakin berkuasa untuk menekan ahli-ahli Umno Beluran yang tidak menyokong beliau pada pemilihan lalu”katanya

Sementara itu, Abdul Iabad Mohd Ali yang turut dipecat, berkata selain mereka berempat turut bakal dipecat beberapa pemimpin akar umbi lantikan politik,antaranya Waki lKetua Ana kNegeri (WKAN) Ketu Kampung yang dilantik oleh wakil rakyat sebelum James Ratib.

Katanya, WKAN,KK  berkenaan telah dilantik oleh Surady yang akan digantikan dengan orang-orang tertentu khususnya penyokong peribadi wakil rakyat Sugut itu,walaupun mereka juga adalah ahli UMNO dan Penyokong BN yang sama-sama berkerja keras memenangkan James Ratibpada PRU13.

“Perbuatan itu pada pandapat saya adalah tidak professional dan langsung tidak demokratik,sepatutnya Jamaes bersifat terbuka demi kebaikan UMNO Beluran,cukuplah kami berempatinisahaja yang ditamatkan perkhidmatan di UPKR Sugut”

“Sebalik James wajar mengekalkan mereka yang lain kerana mereka telah memberikan sumbangan dan jasa yang besar dalam memperkasakan kekuasaan UMNO dan BN di Beluran,itu lebih baik untuknya selaku pemimpin masa kini dalam meneruskan pembangunan di Beluran yang majority rakyatnya adalah Peladang,dan Nelayan yang masih ramai di bawah paras Kemiskinan tegar yang memerlukan pembelaan dari wakil-wakil rakyat BN Beluran”katanya.

Malah beliau turut mengingatkan Wakil Rakyat dan Penyendang Ketua Bahagian Umno Beluran itu,bahawa kedudukan beliau serta semua jawatankuasa yang menang dalam pemilihan lalu belum selamat  dan muktamat kerana masih berhadpan dengan bantahan yang sudah hantar dan diterima oleh jawatankuasa Pemilihan dan Jawatankuasa Bantahan Umno Malaysia.

Katanya bantahan dalam penelitian pihak Biro Disiplin Umno,dan yakin segala bukti penyelewengan dan salah gunakuasa yang berlaku dalam kepimpinan James  Ratib terutamanya pada pelilihan 19 Oktober lalu sungguh berasas yang memungkinkan Umno Beluran akan bersidang semula.

Free Sandakan Today.com  difahamkan antara isu yang dijadikan asas untuk sebahagian ahliUmno Beluran menghantar bantahan ialah dakwaan salah guna kuasa oleh Ketua Bahagian itu ,melakukan perpindahan keahlian dar cawangan ke cawangan tanpa pengetahuan Ketua dan Jawatankuasa Cawangan Terbabi, memaksa cawangan tertentu mengadakan mesyuarat di pejabat Umno  bahagian dengant tidak memaklumkan semua ahli cawangan,

Membenarkan cawangan yang hanya memihak beliau untuk menghantar perwakilan dan cawangan yang tidak memihak disekat dengan berbagai alas an termasuk memberikan kategori cawangan-cawangan sebagai cawangan tidak aktif tetap iboleh menghantar perwakilan melalui penembahan keahlian dan menukar Jawatankuasa secara sulit bagi memboleh cawangan berkenaan menghantar perwakilan.

Dalam pada sama Abdul Iabad Mohd Ali yang pernah menduduki jawatankuasa bahagian Umno Beluran semenjak 1994 sehingga 2013 mengharapkan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah memerhatikan perkembangan kepimpinan Umno Beluran yang semakin ligat dengan tndakan pemecatan jawatan ketua-ketua kampong yang beliau tafsirkan sebagai Belas dendam.

“Adalah wajar jika Datuk James Ratib diberikan nasihat olehKetua Menteri agar menanguhkan dulu pemecatan Wakil Ketua Anak Negeri,Ketua-Ketua Kampung berkenaan,kerana mereka itu merupakan penyokong Umno dan BN serta telah berjasa”Katanya

Difahamkan seramai 60 Ketua kampung yang berkhidmat di kawasan Sugut yang dilantik Datuk Surady Kayung dan seperuh daripada mereka dikatakan oleh Abdul Iabad Mohd Ali  akan terlibat digugurkan dari jawatan mereka dalam penyusunan semula Uint Pemimpin Kemajuan Rakyar (UPKR) Sugut yang bakal dilakukan James Ratib dalam masa terdekat ini.









No comments:

Post a Comment