Saturday, 1 February 2014

RUMAH TERBUKA KONG HEE FATT CHOY LDP DAN GERAKAN DAPAT SAMBUTAN HANGAT



Written by Admin
Saturday  01 February 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI &
MOHD SUFIIAN AHMAD
















SANDAKAN:- Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina 2014  anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP)  yang diadakan di Dewan Futsal  Km.7 8 Jalan Utara dekat sini kelmarin telah disambut dengan penuh kemarian dan kecerian.
Tiga orang pemimpin terulung Parti LDP antaranya Datuk Lim Ming Hoo, Datuk Tea Chi Kang (Presiden Baru) dan Datuk Chin Su Phin  yang merupakan tuan rumah pada sambutan majlis rumah terbuka tersebut bertindak sebagai penyambut tetamu.

Majlis yang dibuka bermula dari jam 10,00 pagi dan berakhir pada jam 2.30  telah dikunjungi bukan saja tetamunya daripada golongan masyarakat cina bahkan lain-lain bangsa turut  menghadiri majlis julung-julung kalinya diadakan pada tahun baru 2014 setelah bertukarnya corak kepimpinan parti itu.

Selain Ketua Menteri Sabah  Datuk Seri Musa Hj Aman jadi tetamu kehormat tidak ketinggalan juga TYT Negeri Sabah  Tun Haji Juhar Hj Mahirudin turut hadir sama di majlis tersebut.
Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Puyon, Ketua Pemuda Bahagian UMNO Sandakan Fakarudin Tan Sri Ampong dan termasuk Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong bersama rombongannya turut hadir.

Semasa ditemubual oleh Pegawai Akhbar pribadinya iaitu (SSJ) Noraini Sulong menyifatkan majlis rumah terbuka sebegini yang diadakan saban tahun merangkumi lain-lain perayaan yang disambut oleh masyarakat Melayu seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Natal, Deepavali dan Pesta Kaamatan ia menjurus untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat majmuk di negara ini.

“Inilah kebaikannya di negara kita tambah Noraini walaupun mempunyai ramai bangsa berlainan budaya dan berbeza-beza anutan kepercayaan agama masing-masing masih boleh bersatu bagi menjalinkan keharmonian dan kesejahteraan” ujar Noraini.




No comments:

Post a Comment