Written by Admin
Rabu 4 Disember 2013
DARI MEJA SUB EDITOR
SHAIMON S JUMADI
KEPIMPINAN Ketua Wanita Bahagian UMN0 Sandakan penyandangaya Noraini Sulong semakin
diterima oleh ahli-ahli UMNO sama ada
diperingat Bahagian, Cawangan dan akar umbi.
Ini jelas dengan adanya sifat ciri-ciri kepimpinan
Noraini yang dinamik dan berwawasan jauh
sudah tentu jentera Wanita UMNO Sandakan
semakin kukuh selaras sebagai sayap kiri
parti UMNO.
Sebagai pemimpin nombor 1 dalam kelompok Wanita UMNO jika dilihat dari
sudut pergalauan dan hubungannya dengan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Ahli
Jawatankuasa Pemuda Bahagian termasuk Puteri UMNO Bahagian itu jelas begitu intim dan akur semuanya.
Terus terang saya katakan sikap peramah dan tidak memilih siapa mereka untuk berdamping dengannya justeru dia (Noraini) begitu disenangi oleh semua orang tidak kira tua dan muda.
Sebagai Pegawai Akhbar peribadinya (Noraini) saya begitu
senang berkhidmat di bawah selia dan pentadbirannya tidak banyak songeh dan dia (Noraini)
sentiasa menerima pandangan dan pendapat orang lain untuk dikongsi bersama demi perjuangan masa depannya.
Noraini bukan sahaja aktif di gelanggang arena politik tanah air bahkan dia juga aktif di pertubuhan
bukan kerajaan NGO seperti PEMADAM di mana beliau telah menyandang jawatan
sebagai Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan.
Selain itu juga penglibatannya dalam NGO Noraini juga Pengerusi Koperasi Keusahawanan Pembangunan Wanita Sandakan yang beranan untuk
memajukan kaum wanita bagi menceburi dalam aspek dunia perniagaan.
Dengan secara tidak lagsung Noraini juga disebut-sebut
bakal dilantik sebagai Naib Ketua I Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS)
daerah Sandakan di mana badan ini akan
ditubuhkan pada masa terdekat ini .
Kita yakin dengan penglibatan
Noraini Sulong, ke PRIBUMIS dan digandingkan barisan orang-orang berwibawah
seperti Sahar Saka, Mustapha Mohd Hassan, Rozzalin Mohd Hashim, Fairul Zaman Hj
ABM Fajeer, Saffie S Jumadi dan Hajim Singku dan anggota-anggota lain yang tidak sempat dihuraikan nama mereka
akan memantabkan dan menyemarakan lagi perjuangan PRIBUMIS daerah ini.
No comments:
Post a Comment