Written by Admin
Sunday 1 Disember 2013 (Gosip-Gosip Atris)
OLEH: SALMAH WAN DZULKIFIE
KUALA LUMPUR.....Marilah kita mengimbau sejenak mengenai al kisah Johan
dan Lana Kak Salmah baru saja mendapat
info daripada rakan-karan seperjuangannya..
Selagi belum nikah belum tentu Lana jodo
saya, inilah yang dikatakan oleh Johan
As’ari walaupun telah hadir ke Anugerah Skrin malam Jumaat lalu dengan Lana seperti pasangan yang ‘pasti’ akan
bersama suatu hari nanti.
Ramai yang membuat spekulasi tentang Johan
sengaja meninggalkan Shila Amzah kerana Lana Nordin kerana ‘aset’ Lana yang
lebih gempak dari Shila. Tapi dalam hati Johan, tiada siapa yang tahu apa sebab
sebenarnya kan?
Walau dihebahkan perkahwinan mereka akan
berlangsung tidak lama lagi, Johan tetap mengambil langkah berhati-hati untuk
memastikan pisang tidak berbuah dua kali kononnya. Jadi, beliau sendiri dan
Lana langsung tidak menjawab panggilan pihak media untuk temuramah tentang
kontroversi mereka ini.
“Saya bukan tak nak jawab telefon, tetapi
sejak semalam saya sibuk dengan Anugerah Skrin yang akan berlangsung pada malam
ini. Apa yang boleh saya katakan selagi kami belum bernikah, Lana belum tentu
jodoh saya.
“Untuk bertunang pula, saya belum boleh
beritahu lagi. Tunggulah ‘green light’ daripada keluarga. Paling penting
petunjuk Allah kerana jodoh adalah rahsia daripada-Nya. Tambahan pula, sudah
tiba masanya ‘timba dah cari perigi.”
Memanglah bernikah adalah perkara yang baik.
Namun, selepas berjumpa 3 hari terus buat keputusan mahu bernikah, bagai ada
sesuatu tidak kena.
Tidak mengapalah. Mungkin
sudah jodoh yang dituliskan Tuhan. Kita saksikan saja sama ada jadi atau tidak.
Ramai yang beranggapan
mereka ini macam ada masalah Lana
cakap demi abang Johan dia sanggup buat
apa saja akan sehidup semati saya tak
sanggup berpisah dengan Johan, tapi johan macam lain saja ceritanya macam tidak
yakin terhadap dirinya yang dia boleh memiliki sepenuhnya terhadap diri Lana. FST
No comments:
Post a Comment