Monday, 19 December 2016

FST....HUKUMNYA HARAM ARAH NAJIB LERAK JAWATAN?



OLEH: NURLIYANA ABDULLAH-FST
Monday December 19/2016

SAYA kekadang tidak faham sebab kenyataan-kenyataan  politikus di Malaysia itu rata-rata tidak boleh dipercaya.

Yang dikata ulama/alim/ustaz kekadang ada yang tidak boleh dipakai kata-kata mereka dan ini kekadang cukup berbahaya sebab mereka golongan yang selalu dipercaya.

Kesan mereka itu insan agamawan dan menjunjung hukum maka selalu yang di bawah mengatakan mereka itu benar dan kesannya terjadilah sesuatu yang songsang dalam hidup kita seharian dan pertanyaan selalu jadi persoalan dan persoalan menjadi teka teki yang di dalamnya ada ragu.

Setahu saya jika imam salah sebutan, itu wajib kita tegur dan betulkan dan jika terus salah, maka imam harus mundur dan digantikan dengan yang lain untuk mengimamkan dan demikianlah hukum. Betulkan jika saya salah!

Perlu kita perhatikan sejarah Tungku Abdul Rahman memang berhenti duduki kerusi perdana menteri, demikian juga Mahathir termasuk Pak Lah, tetapi kenapa pula Najib tidak boleh berhenti dan dikata haram hukumnya menyuruh ia berhenti? adakah hukum dalam al quran mengatakan demikian. Nah, cuba kaitkan dengan hal imam yang pimpin solat tadi!

Sejarah Najib duduki perdana menteri memang banyak persoalan yang berlegar. persoalan 1MDB yang dihutang sekitar 44 bilion bukan makin berkurang malah bertambah menjadi RM52 bilion dan ini akanj pasti meningkat malah hutang negara disekitar 800 bilion.

Kerajaan terutama peguam negara dan laporan2 audit negara sengaja di OSAkan dan SPRM asyik bertukar pengarah dan yang berkenaan ada yang dipecat.

dua bank di Singapura tutup kesan 1MDB dan Negara-negara  luar terus membangkit hal 1MDB ada penyelewengan dan kes itu diheret ke mahkamah di Amerika dan dengarnya PM akan diheret sama nanti. Cukup memalukan negara kita. Yang hairan bukti sudah jelas tetapi peguam negara terus selindungi dan dikatakan tiada kes, permohonan kerjasama dari luar negara tidak dipeduli. Sepandai-pandai  tupai melompat akan jatuh juga ke tanah.

Kemudian ada yang alim ulama mengatakan konon haram hukumnya menyuruh Najib letak jawatan atau berundur dan kalau memang Najib memimpin negara ternyata baik itu saya sokong tidak harus berhenti sebalik kesan kepimpinannya banyak sangat meragukan maka Najib harus meletakkan jawatan atau izin pemangku jawat jawatan berkenaan dan biarkan badan penyiasat menyiasat penipuan yang dilakukan.

Berani kerana benar dan takut kerana salah. Najib tidak perlu takut dan berterus terang dan tidak perlu akta OSA dan macam-macam akta untuk selindungi pemimpin yang korup sedang yang bersuara hal benar diheret dan siap dipanggil polis jelas itu menakut-nakutkan rakyat.

" Dia orang ingat saya takut " kata Datuk Seri Shafie Afdal selaku presiden WARISAN ketika berucap di Sandakan di hadapan sekitar 6000 orang penonton.


No comments:

Post a Comment