Thursday 5 December 2013

MAXIMUS ONGKILI TIDAK PERNAH BERI JAWAPAN TEPAT MENGENAI KENAIKAN TARIF ELEKTRIK...WONG DAP



Written By Admin
Thursday December 5.2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Mengenai kenaikan tarif elektrik yang diumumkan oleh Kerajaan, bahawa kenaikan sebanyak 14.89% di Semenanjung Malaysia dan sebanyak 16% di Sabah pada sesi soal jawab di Persidangan  Parlimen baru-baru ini mendapat perhatian semua pihak khususnya rakyat jelata golongan miskin.

Ahli Parlimen kawasan Sandakan (DAP) Stephen Wong (gambar)  yang turut  menghadiri sidang Parlimen  itu telah membuat kenyataan dan sambil  ingin bertanya   kerajaan, adakah siri langkah - langkah kenaikan harga yang dilaksanakan sejak pilihanraya 505, adalah demi rakyat ataupun disebabkan terdapatnya masalah di perbendaharaan  negara?

Wong menambah sejak pilihanraya 505, Kerajaan BN telah mengumumkan kenaikan harga gula, petrol dan tarif elektrik, terutamanya, tarif elektrik telah dinaikan pada Jun 2011 dan sekali lagi pada Januari tahun depan dan kenaikan Sabah adalah lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung Malaysia dan masalah sebegini rupa langsung tidak boleh diterima sama sekali.

Beliau berkata bahawa, berdasarkan laporan kewangan suku ketiga 2013 TNB, TNB telah memperoleh RM 1.7 billion, suku ke-empat pun belum akhir sudah memperoleh RM 1.7 billion, dalam kes ini, apakah sebabnya bagi meluluskan kenaikan tarif elektrik?

“Walaupun dah berkali-kali bertanya kepada  Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkil sama ada tarif elektrik akan dinaikan, beliau tidak pernah memberi  sebarang jawapan yang tepat dan hanya memperlekehkan saja  perkara yang menjadi beban kepada rakyat jelata”tegasnya.


SAIDI (System Average Interruption Duration Index) di Sabah adalah 500 minit/tahun, manakala Semenanjung Malaysia adalah 80 minit/tahun.SAIDI Sabah adalah 6 kali ganda di Semenanjung Malaysia, apakah rationalnya kenaikan tarif elektrik Sabah lebih tinggi berbanding dengan semenanjung.

Dalam pada itu  Wong menuduh Maximus Ongkil tidak begitu serius dan  seharusnya memahami masalah bekalan elektrik di Sabah, namun begitu, beliau tidak memperjuangkan  untuk bekalan elektrik yang lebih bagus dan menolak kenaikan tarif elektrik.

Ini jelas nambah Wong    Ongkili  telah gagal menjadi sebagai Menteri Persekutuan bagi pihak rakyat Sabah. Selain itu, kenyataan Datuk Seri Dr Maximus Ongkil bahawa kenaikan tarif elektrik tidak menjejaskan kebanyakan pengguna itu, adalah tidak benar dan berniat untuk menipu rakyat Sabah, beliau haruslah meletak jawatan untuk memohon maaf kepada rakyat Sabah.


Wong juga menyifatkan  dengan kenaikan kadar tariff elektrik yang membabitkan negeri Sabah sudah semestinya rakyat yang tergolong miskin tegar dan berpendapatan rendah sudah pastinya  menanggung beban yang berat.

Sementara Timbalan Ketua Ketua Menteri Sabah  Datuk Joseph Pairin Kitingan dalam kenyataan  berasingan dimedia lainnya menyatakan kenaikan tariff elektrik  akan memberikan satu kemudahan dan keistimewaan kepada rakyat miskin walaupun kadarnya tariff  itu agak tinggi namun rakyat di Sabah 90 peratus menyokong apa saja tindakan kerajaan BN menaikan harga barangan walaupun hingga mencecah 80 peratus bagi rakyat Sabah menyokong tegar BN/UMNO  kadar tersebut masih murah.

No comments:

Post a Comment