Friday 6 December 2013

PENGIKHTIRAFAN WANITA UMNO SEBAGAI TULANG BELAKANG SATU PENGHARGAAN TIDAK TERNILAI HARGANYA...NORAINI



Written by Admin
Friday December 6,2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KUALA LUMPUR:- Pengikhtirafan Pergerakan Wanita UMNO sebagai Tulang Belakang kepada UMNO seperti yang dumumkan oleh Presiden UMNO Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Perhimpunan UMNO ke 67 di Dewan Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) Kuala Lumpur semalam merupakan satu penghargaan yang tidak ternilai harganya  terhadap perjuangan kaum wanita dalam menerajui kepimpinan  UMNO di dalam negara ini selama 67 tahun.
 
Sebelum ini Pergerakan Wanita UMNO hanya di sebut sebagai Saya Kanan parti UMNO kerana penglibatan kaum Wanita dalam menceburi gelanggang politik tanah air tidak kurang pentingnya yang berperanan seperti juga perjuangan kaum lelaki.

Wartawan Kanan Free Sandakan Today yang juga merupakan Pegawai Akhbar Pribadi Noraini Sulong  ketika menghubungi Ketua Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong yang menghadiri persidangan tersebut kelmarin  Noraini menyifatkan pengikhtirafan Wanita UMNO sebagai Tulang Belakang  kepada tunjang  perjuangan UMNO oleh Presiden UMNO Malaysia ia merupakan satu penghargaan terhadap perjuangan  dan tanggungjawab wanita di negara ini yang sama-sama  memperjuangkan bagi menjaga  hak-hak asasi kepentingan  bangsa Melayu, Agama Islam dan juga tanah air. 
 
“Saya bagi pihak barisan ahli-ahli  pergerakan  Wanita  UMNO Sandakan  terasa terharu dan gembira dengan pengikhrirafan tersebut dan  ini jelas  untuk  menaikan semangat kami sebagai Wanita UMNO untuk sama-sama menggembling tenaga  bagi  menyemarakan lagi jati diri kami  untuk  memantapkan perjuangan UMNO selari dengan peranan dan tanggungjawab kaum lelaki” ujarnya.
 
Noraini kini masih  berada di ibu negara sejak 1 Disember lalui  sehingga ke hari ini   akan kembali ke Sandakan  dijadualkan pada tanggal 8 Disember ini.



No comments:

Post a Comment