IKHLAN UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2014
Mesej Yb
Stephen Wong Tien Fatt Ahli Parlimen Sandakan sempena Sambutan Tahun Baru 2014
31 Disember
2013- Yb Stephen Wong Tien Fatt mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru bagi
tahun 2014 dan selamat tinggal tahun 2013. Beliau amat berharap agar tahun 2014
menjadi sebuah tahun yang sangat bermakna kepada rakyat khususnya masyarakat
daerah Sandakan yang berada dibawah naungan beliau. Beliau juga turut berpesan
agar mengambil setiap perbuatan yang baik dan meninggalkan perbuatan yang tidak
sepatutnya di tahun 2013, seterusnya memasang azam baru untuk tahun 2014 agar
masyarakat akan lebih terus cemerlang dan berjaya mencapai misi tersebut pada
tahun 2014.
Beliau
juga mengambil kesempatan untuk mengemukakan pendapat beliau mengenai kenaikan
harga barang, tarif elektrik, gula dan minyak dapat dipertimbangkan dengan
kadar segera. Ini kerana beliau yang begitu prihatin terhadap masalah dan
kebajikan rakyat telah mendengar banyak keluhan serta rintihan masyarakat
mengenai kenaikan harga barang dan lain- lain seperti yang disebutkan tadi.
Oleh itu, beliau sangat berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan
semula cadangan menaikkan harga barang dan lain- lain kenaikan agar tidak
membebankan rakyat Sandakan juga seluruh rakyat Malaysia.
Sehubungan
dengan itu, YB Stephen Wong sekali lagi menegaskan agar cadangan menteri yang
bertangungjawab dapat bersama- sama mendengar keluhan masyarakat awam. Beliau
juga enggan mengulas mengenai demonstrasi yang digembar- gemburkan akan berlaku
pada malam 31 Disember 2013 di dataran merdeka sebaliknya menganggap protes
tersebut lebih kepada protes untuk menurunkan harga barang. Beliau menegaskan
agar kerajaan dapat bersama- sama mendengar suara rakyat dan lebih prihatin
terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat.
No comments:
Post a Comment