IKHLAN NEKA UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2014
SETIAUSAHA PERHUBUNGAN NEGERI SABAH
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA
Setelah mengharungi PRU-13 yang telah
berlangsung pada bulan Mei tahun 2013, pertama kali Gerakan di Sabah telah
diberi mandat untuk bertanding. Syukur bahawa kedua-dua calon yang
dipertandingkan telah diberikan kepercayaan penuh oleh rakyat dalam memenangi
kedua-dua kerusi DUN di Tg Papat dan Elopura. Bagi pihak Parti Gerakan Sabah,
kami merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kerana
diberi peluang untuk berkhidmat kepada rakyat dan menyuarakan suara hati
mereka.
Seperti mana yang kita sedia maklum,
tahun 2014 sememangnya akan disambut dengan penuh cabaran dan dugaan dengan
pengumuman demi pengumuman tentang isu pengurangan subsidi, kenaikan harga
barangan dan kenaikan tarif elektrik. Isu kenaikan harga barangan ini sudah tentu
tidak dapat dielakkan dan sudah pasti akan menambah-beratkan bebanan dalam kos
hidup harian rakyat.
Secara langsung, rakyat sedang
membantu untuk menanggung bebanan kerajaan. Dalam isu ini, rakyat sebagai
pembayar cukai disifatkan sebagai pelanggan tetap kepada kerajaan. Rakyat
membayar cukai dan menanggung kos hidupan tinggi menyumbang antara sumber
pendapatan kepada kerajaan untuk kos pentadbiran, pembangunan dan pembayaran
gaji penjawat awam.
Maka dengan itu, sebagai pelanggan yang membayar, rakyat wajar
diberikan perkhidmatan yang setimpal dengan sumbangan mereka iaitu sistem
penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada rakyat yang lebih efisien,
proaktif dan mesra.
Suara hati rakyat adalah mereka sudi
menanggung bebanan dengan kerajaan, namun kerajaan turut perlu menanggung
tanggungjawab dan amanah kepada rakyat. Pembayaran dan caj yang ditingkatkan
seharusnya seiring dengan peningkatan tahap perkhidmatan kerajaan kepada
rakyat.
Sebagai salah satu contoh,
peningkatan tarif elektrik yang mulai diimplimentasikan pada tahun ini adalah
satu hakikat yang tidak dapat lagi elakkan. Peningkatan ini perlu seiring
dengan perkhidmatan yang dinikmati oleh pelanggan. Rakyat tidak akan berasa
puas hati untuk membayar bil elektrik mereka kepada pihak SESB sekiranya pihak
SESB masih gagal untuk menangani catuan pembekalan elektrik pada tahap minimum,
tidak dapat menangani masalah curi pembekalan elektrik, aduan awam melalui
telefon tidak terjawab dan dilayan secara kasar, gagal membekalkan elektrik
yang stabil khusus kepada penyumbang cukai dan pembayaran utama iaitu kawasan
kilang, industri dan komersial.
Sekiranya kesemua ini ditangani dengan prestasi
yang tinggi, sudah tentunya rakyat sudi membayar dengan puas hati dan hati
terbuka. Perkara ini turut diaplikasikan kepada agensi-agensi kerajaan seperti
pihak berkuasa tempatan dan jabatan kerajaan.
Walau bagaimana pun, dengan hati yang
terbuka, kita harus menyambut tahun 2014 secara positif. Selain daripada
merungut dan menuding jari, kita perlu mengamalkan cara hidup yang sederhana
dan berjimat cermat. Walau harga barangan meningkat, kita perluB
Berbelanja dengan berhemah dengan
mengubahsuai cara hidup kita. Kurangkan pengguna bekalan elektrik dan tutup
alat-alat elektrik yang tidak terpakai. Amalkanlah penjimatan dalam penggunaan
tenaga, petrol dan air bukan sahaja dapat kurangkan kos hidup harian malah juga
usaha cinta kepada alam sekitar. Belilah barang yang diperlukan dan bukan benda
yang diingini.
Akhir sekali, sebagai parti berbilang
kaum, tepat dengan slogan dan polisi Parti Gerakan, kami akan sentiasa terus
gerak bersama dengan rakyat dalam membela kepentingan semua lapisan masyarakat
dengan semangat 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Bagi
pihak pucuk pimpinan Parti Gerakan Sabah, kami mengucapkan Selamat Tahun 2014.
Mudah-mudahan dengan berkatan tuhan yang maha berkuasa, Malaysia amnya dan
Sabah khasnya akan jauh dari malapetaka dan sentiasa berada dalam lantasan
pembangunan selaras dengan slogan negeri, Sabah Maju Jaya!
Best Regard,
王志勤 @ David
青运山打根支会主席
@ Chairman YMM Sandakan
Mobile: 011-12091003
"为青年 为社会 For the Youth For
the People"
No comments:
Post a Comment