Thursday 5 December 2013

POLIS KELANTAN BERJAYA TUMPASKAN PENCURI SUSU BAYI BERASAL DARI SABAH



 Thursday December, 5, 2013 - Written by Admin

OLEH: SALMAH WAN DZLUKIFLIE


GUA MUSANG:-  Sindiket  mencuri  susu bayi berjenama  oleh sekumpulan pencuri di beberapa pasar raya di negeri ini  pihak Polis berjaya menumpas  kegiatan tersebut  dan  menahan lima orang termasuk tiga wanita tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata mereka ditahan di KM12 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis selepas cuba melarikan diri daripada sekatan polis di Kem Semor di sini.
“Kereta yang dinaiki mereka didapati sarat dengan 84 tin dan 29 kotak susu bayi berjenama. Mereka yang berumur antara 23 dan 43 tahun berasal dari Sabah dan dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur.
“Mereka dipercayai ke Kuala Lumpur untuk menjual susu bayi itu yang dicuri dari beberapa pasar raya sekitar Kota Baharu sebelum ini. Kesemua susu itu dianggarkan bernilai RM10,000,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di sini.
Beliau berkata ketika soal siasat, kesemua suspek mengakui mereka menjalankan kegiatan itu hanya dalam masa sehari sahaja untuk mengumpulkan kesemua susu bayi berjenama itu.
Saiful Bahri berkata tugas mencuri susu bayi itu dilakukan seorang daripada tiga wanita itu dengan memakai baju kurung bersaiz besar bagi memudah menyorok tin susu di bawah kelangkang.
Siasatan lanjut mendapati mereka pernah ditahan kerana kesalahan sama di beberapa negeri lain sebelum ini.


No comments:

Post a Comment