Sunday 8 December 2013

Salah guna institusi agama? Tangkap mereka


K Pragalath  Sunday  December 8, 2013 By Admin
Cadangan menangkap pihak yang menyalahgunakan institusi agama timbul kerana ada pihak mencaci Umno ketika khutbah Jumaat.
 











KUALA LUMPUR:  Wakil Wanita Umno hari ini mengesa agar kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang menyalahgunakan institusi agama seperti masjid dan surau dengan mengutuk kerajaan sewaktu khutbah Jumaat.
Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah dari Alor Setar berkata: “Ada pihak yang masih berani menggunakan masjid-masjid dan surau -surau kita untuk melepaskan tohmahan terhadap kerajaan.
“Justeru itu saya ingin minta pihak-pihak yang berkaitan seperti Jakim (Jabatan Kefahaman Islam Malaysia) ambil tindakan terhadap mereka.
“Kita perlu banteras pihak berkenaan dari salah guna institusi agama. Tangkap sahaja mereka,” kata Sharifah ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Dewan Merdeka sempena dengan Perhimpunan Agung Umno ke 67.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak – pihak berkenaan.
Malah seorang wakil Umno Kelantan mendedahkan bahawa terdapat dua masjid di sesetengah kawasan kesan daripada perbezaan politik Umno dan PAS.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan penubuhan skuad taqlim. Skuad tersebut akan dianggotai oleh golongan agamawan.
“Mereka akan berganding dengan Skuad Sayang.  Pihak DAP pun pernah berkata bahawa mereka gentar dengan kehadiran ahli Skuad Sayang,” katanya.
Bekas mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin sementara itu mengulas cadangan Sharifah.
“Masjid itu untuk semua, tiada kerajaan atau pembangkang.
“Ia bukan tempat untuk mencemuh sesiapa dan tidak boleh digunakan untuk menghentam peribadi orang,” kata beliau yang kembali bertugas sebagai profesor madya di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Beliau menambah bahawa masjid boleh digunakan untuk menegur isu berkepentingan umum. fmt

No comments:

Post a Comment