By Admin Tuesday December 17, 2013
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 17
Feb depan untuk sebutan, sementara menunggu laporan bedah siasat.
KUALA LUMPUR: Empat
lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas
pertuduhan membunuh seorang remaja yang disyaki mencuri tabung masjid,
dua minggu lepas.
Pengurus
Keselamatan Mohamad Yusof Mohamad, 39, dan tiga lagi pengawal keselamatan
Mohd Aswenry Majon, 26, Iweldo Putra, 19, dan Pondri Neriko,20, didakwa
membunuh Mohamad Shah Reza Fauzi, 20, di tangga tepi pagar Masjid Al-Azim,
Jalan Pandan Indah, Ampang Jaya
dekat sini pada 5 pagi, 3 Dis lepas.
Tiada
pengakuan dicatatkan daripada kesemua tertuduh yang berdepan hukuman mati
mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Majistret
Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 17 Feb depan untuk sebutan, sementara
menunggu laporan bedah siasat.
Sementara itu, Iweldo dan Pondri dari Indonesia turut dijatuhi hukuman penjara
selama setahun dan dikenakan dua sebatan selepas mengaku bersalah kerana
tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk ke Malaysia.
Ayuni
mmerintahkan Iweldo dan Pondri menjalani hukuman itu bermula dari tarikh
mereka ditangkap iaitu pada 3 Dis lepas.
Mereka
didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pandan Indah 4/8, Pandan Indah,
Ampang Jaya dekat sini pada 2.30 petang, 3 Dis lepas di bawah Akta
Imigresen.
Pendakwaan
dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene dan kesemua tertuduh tidak
diwakili peguam.
-Bernama
No comments:
Post a Comment