Tuesday, 10 December 2013

CAPS SAMBUT BAIK USAHA DAP BUKA KAUNTER ADUAN RAKYAT.....ALI AHMAD



Written by Admin
Selasa 10 Disember 2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI &
AZMIN AZMAN

SANDAKAN:- Pertubuhan Hal Ehwal dan Perlindung Pengguna Sabah  (CAPS) Bahagian Sandakan menyambut baik  atas usaha dan alternative pihak Pejabat Parlimen Sandakan yang   mengendalikan kaunter terbuka di Pasar Umum.

Dengan adanya  Kaunter Khidmat Aduan Rakyat yang dikendalikan oleh Biro Jawatankuasa Perhubungan DAP Sandakan ia memberi ruang dan peluang seluas-luasnya kepada rakyat jelata tanpa mengira faham idologi politik yang berbeza  untuk mengadu sesuatu masalah yang mereka hadapi.

Pengerusinya Hj Ali Ahmad (Gambar) berkata ketika diminta pandangannya mengenai usaha dan tindakan DAP itu walaupun Ahli Parlimen  daripada pembangkang namum Stephen Wong dan para pembantunya mempunyai semangat jati diri dan bertanggungjawab membantu rakyat yang berdepan pelbagai masalah.

“Sebagai badan NGO saya tidak berpihak mana-mana  apa yang jelas tindakan Pejabat Perhubungan Parlimen Sandakan (DAP) mengadakan kaunter terbuka untuk memudahkan orang ramai ia boleh dijadikan contoh kepada wakil-wakil rakyat kerajaan BN untuk berbuat demikian.


“Tanggungjawab dan peranan Ahli Parlimen DAP  iaitu Stephen Wong harus disambut baik walaupun pembangkang tidak mempunyai sebarang kuasa mutlak seperti ADUN-ADUN BN sekurang-kurangnya rakyat nampak Ahli Parlimen pembangkang tidak dianggap makan gaji buta semata-mata malahan bekerja keras” tegas Ali.

Kata Ali lagi keadaan di Pasar Umum Bandar memang banyak masalah bukan saja tempat letak kereta yang bermasakah bahkan para penjaja asing yang menjual  sayur-sayuran  yang bermula awal jam 8.00 malam sehingga jam 6.30 pagi mereka menjual ditempat letak kereta belakang dan depan pasar tersebut.

Perbuatan seperti ini tambah Ali benar-benar menyusahkan  dan menghalang  kepada para  penjaja tempatan yang hendak memunggah barang-barang niaga mereka  untuk di bawa masuk kedalam gerai masing-masing.

Sebagai badan NGO saya juga telah memaklumkan kepada para pegawai MPS mengenai gejala yang kurang sihat yang dilakukan oleh para penjaja asing namun tiada reaksi dan tindakan diambil sedanglan mereka berjaja selama 11 jam secara percuma tidak dikenakan sebarang bayaran berbanding dengan penjaja tempatan  yang sering menjadi sasaran para pekerja MPS.


No comments:

Post a Comment