Friday 6 December 2013

Pejabat DUN Kuamut beri anugerah kepada pelajar cemerlang.....Masiung Banah


By Admin    Friday, 6 December 2013

Ini antara keprihatinan kerajaan dalam menyuntik semangat kepada ibu bapa pelajar, apabila kita memberikan anugerah atas kecemerlangan mereka













 OLEH: SHAIMON S JUMADI & AZMI AZMAN

KUAMUT:-(TONGOD)   Keprihatinan tentang perlunya tahap pendidikan ditingkatkan justeru itu  Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut di Pantai Timur Sabah mengambil langkah proaktif memberikan anugerah kepada pelajar cemerlang dalam bidang akademik, kurikulum dan sukan sebagai usaha melahirkan lebih ramai belia berpendidikan dari luar bandar.
Wakil rakyatnya, Masiung Banah berkata, usaha yang dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi seperti Yayasan Sabah,  Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Pejabat Pendidikan Daerah Tongod dan Kinabatangan selain Pejabat Daerah tongod itu juga antara lain bagi menyuntik semangat kepada rakyat luar bandar khususnya ibu bapa agar mengutamakan pendidikan anak-anak.
“Ini antara keprihatinan kerajaan dalam menyuntik semangat kepada ibu bapa pelajar, apabila kita memberikan anugerah atas kecemerlangan mereka, saya pasti lebih ramai pelajar cemerlang luar bandar dapat dilahirkan”, katanya di sini.
“Ini sekali gus juga akan mampu menambah kemasukan lebih ramai pelajar kurang berkemampuan luar bandar ke institusi pengajian tinggi di Sandakan seperti di Sekolah Pertanian Lestari UMS Sandakan dan Politeknik Sandakan, tambahnya”
Beliau menyatakan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Anugerah Pelajar Cemerlang DUN Kuamut di Sandakan hari ini.
Masiung berkata, kriteria pemilihan pelajar cemerlang meliputi aspek akademik, kurikulum dan aktif dalam bidang sukan sama ada pernah mewakili negeri, kebangsaan mahupun ke peringkat antarabangsa.
Katanya, selain pelajar sekolah, anugerah turut diberikan kepada pelajar dari daerah Tongod yang cemerlang di kolej seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Komuniti, dan MARA.
“Pemberian anugerah ini sebagai menghargai kecemerlangan mereka, jadi pemilihan bukan sahaja berdasarkan kepada kecemerlangan akademik mereka, kita juga akan lihat sama ada mereka cemerlang dalam bidang kurikulum atau sukan, ujarnya”.
“Dalam bidang sukan juga kita nilai sama ada mereka pernah mewakili sekolah, daerah atau sehingga ke peringkat antarabangsa, saya yakin sememangnya banyak persaingan sebab saya difahamkan ramai pelajar dari DUN Kuamut ini aktif dalam bidang sukan, jelasnya”.
Anugerah akan diberikan kepada 20 pelajar cemerlang Ujian Pendidikan Sekolah Rendah (UPSR), 15 masing-masing kepada pelajar cemerlang peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

2 comments:

  1. Tahniah YB..insiatif yg ditunggu2 selama ini..langkah seterusnya mungkin boleh di usulkan pertempatan atau peluang kerja untuk pelajar pedalaman yang beru habis pengajian tinggi (IPT/S)..sebagai cadanagan ja la kan.hehe..tq

    ReplyDelete