Monday 9 December 2013

OPERASI BERSEPADU POLIS BERJAYA BERKAS 60 PATI DI DUA KAWASAN BERASINGAN



Written by Admin
Monday December 9, 2013-12-09

OLEH: FARIDAH AHMAD &
SHAIMON S JUMAD

TAWAU:-Operasi Bersepadu yang melibatkan Polis, Jabatan  Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen telah memberkas 60 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)  di dua kawasan berasingan di sini awal pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata mereka yang berumur antara 20 dan 50 tahun itu ditahan dalam operasi empat setengah jam bermula pukul 4 pagi di Kampung Vietnam dan sekitar bandar Tawau.
“Kesemua yang ditahan terdiri daripada 44 lelaki manakala selebihnya wanita. Mereka ditangkap kerana tiada dokumen sah dan telah diserahkan kepada pihak Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata dalam operasi itu, pihaknya turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai dicuri dan mengeluarkan 16 saman.
“Kami juga membuat pemeriksaan terhadap 33 buah motosikal, 36 kereta dan lapan buah bas,” katanya.
Awang Besar berkata operasi bersepadu itu disertai 70 anggota polis termasuk 10 pegawai, enam pegawai Imigresen dan tiga orang daripada JPN.


No comments:

Post a Comment