Monday 9 December 2013

MAJLIS MAKAN MALAM REUNION BERSAMA BEKAS PELAJAR DAN BEKAS GURU SMK ELOPURA DAPAT SAMBUTAN



Written by Admin
Monday December 9, 2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:-   Majlis Makan Malam Reunion bersama Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bestari Elopura  Tahun 1976-1980 malam tadi yang diadakan diballroom Hotel 4 Point  tingkat 13 dekat sini merupakan detik permulaan perjumpaan  dengan kawan-kawan lama dan bekas guru-guru yang  pernah membimbing mereka.

Program yang julung-julung kali diadakan ini  ia bukan saja sekadar mengenang jasa-jasa guru  bahkan ia menjurus kepada  pertemuan antara bekas pelajar dan bekas guru yang sekian lama terpisa disamping itu untuk mengenang kembali peristiwa mahupun kisah-kisah silam semasa dialam persekolahan dulu.

Pengerusi bersama penganjur program tersebut yang merupakan mantan Guru di SMK Elopura Sahar Saka  ketika memberikan ucapan sepatah dua pada majlis 

 “Saya amat terharu dan gembira  kerana malam ini  kita dapat berjumpa semula kawan-kawan lama satu sekolah  dulu dan ramai kawan-kawan kita yang sudah berjaya dalam menempuh kehidupan  yang cemerlangan ada yang sudah jadi doctor, peguam, akitik, guru,dan ada juga yag sudah begelar juwatan kerana berjaya membuka perniagaan sendiri” ujarnya.

Dalam pada itu Sahar mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja kerana dengan adanya  bantuan dari mereka majlis ini dapat berjalan dengan jayanya


Pihak penganjur yang menyediakan 14 meja telah dipenuhi  seramai  440 oleh hadirin yang terdiri daripada bekas pelajar dan bekas guru-guru yang telah berpencen dan yang masih berkhdmat.

Untuk menyerikan suasana majlis tersebut   cabutan tiket bertuah juga diadakan termasuk pertandingan pakaian yang tercantik dan termasuk memberikan anugerah Guru cermelang.


Sementara mantan seorang guru SMK Elopura iaitu Li Kim Min telah dinobatkan sebagai Guru cemerlang  manakala   pertandingan pakaian tercantik lelaki jatuh kepada Yap dan wanita kepada Mdm Liau mereka masing-masing menerima hadiah dan  baucer barangan yang bernilai RM1,300.00

No comments:

Post a Comment