Friday, 13 December 2013

KERANA PATUH KEPADA PERINTAH MAHKAMAH NYAWA MANUSIA TIADA NILAINYA DAN SERING JADI KORBAN



Written by Admin
Friday 13 Disember 2013

DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
 

DISEBABKAN  kerakusan  pembangunan dan mengejar kemajuan  oleh sesetengah pihak bukan saja hutan belantara dan bukit bukau jadi mangsa sehingga banyak melenyapkan khazanah anugerah daripada Allah (Tuhan) seperti air terjun dan termasuk  sungai juga yang duhalunya dalam sekarang jadi cetek.


Itu persoalan yang pertama persoalan yang kedua orang senang-senang berniaga ikan sayur dan buah-buahan yang menjadi tumpuan utama masyarakat setempat berkunjung untuk membeli belah pelbagai jenis ikan segar,buah-buhan termasuk sayur-sayur tiba-tiba  gerai mereka yang terletak di Kampung Perpaduan BDC berhampiran dengan longkang  diroboh kerana terlibat  dengan pembinaan projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia.

Pasar mahupun gerai tersebut yang diroboh oleh pihak kerajaan khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) ia wujud pada tahun 2002 selepas kampung Perpaduan BDC dimusnahkan oleh pihak kerajaan


Gerai yang dibina atas kebenaran pihak MPS ramai masyarakat yang tidak mempunyai pekerjaan tetap telah menceburi dalam dunia perniaaan atau berjaja  sebagai sumber pendapatan bagi menyarah kehidupan seharian.
Wartawan Free Sandakan Today yang telah dimaklumkan oleh pihak-pihak tertentu antara sebabnya kenapa pasar ataupun gerai berkenaan diroboh kononnya pihak Jabatan Kesihatan telah membuat serbuan mengejut ke pasar itu dan mendapati sekeliling kawaan pasar tersebut

Jika  dilihat  bukan main kotornya, (jorok)  barangkali kalau  sekadar menjual ikan atau sayur-sayuran mungkin pihak Jabatan Kesihatan tidak ambil kisah sangat ini bercampur dengan menjual makanan dan minuman secara terbuka seperti menggoreng sanggar pisang panggang ikan sudahlah begitu bukan saja lalat yang tanpa diundang datang menjadi tetapu setiap hari  bahkan bapa segala lalat (langau) menjadi tetamu kehormat  untuk menginggapi semua makanan yang terdedah di situ.

Bila kita melihat kesian juga bilamana pihak MPS membongkar gerai-gerai mereka kerana pasar itu saja tempat mereka menadah rezeki setiap hari daripada hasil pendapatan jualan  mereka sebagai sumber.

Ramai juga yang marah bilamana gerai-gerai mereka diranab sebahagian mereka marah bukan alang-kepalang kepada pihak 
Jabatan Kesihatan kerana angkara dan gara-gara jabatan tersebut mereka manjadi mangsa keadaan sehingga hilang punca mata pencarian.

Mujurlah masih ada pasar di Kampung Muhibbah tempat mereka menumpang teduh untuk meneruskan perinagaan mereka itupun dengar kabarnya mahu diroboh nampaknya macam kurang selesa dan tiada kententeraman sudah sekarang ini


Sebagai contohnya ini  perkara yang  amat memiluhkan hati seseorang yang ditimpa musihhbah  sejarah hitam yang berlaku menimpa  kepada penduduk-peduduk kampung Tinusa 1 seramai 190 yang membabitkan 40 buah rumah sudah ranap diroboh oleh pihak MPS empat hari lalu atas perintah mahkamah.

Penduduknya 90 peratus adalah orang kuat UMNO dan pengundi tegar BN pun jadi mangsa keadaan entah kemana agaknya mereka merempat sekarang kesian juga

Semasa operasi pengrobohan tersebut tiada sesiapa dari mereka yang berani menghalang kerja-kerja pengrobohan tersebut

Andai kata kalau ada sesiapa yang coba menghalang kerja-kerja pengrobohohan tersebut pastinya  nyawa mereka dihujung senapang  polis yang dikera bertugas bagi pengawal keadaan di sana sudah pastinya  tiada pilihan lain melainkan menembak satu-persatu penduduk-penduduk yang coba mengganggu gugat kepada pihak MPS kerana  mereka lebih mengutamakan menghormati perintah mahkamah daripada menghargai dan menilai nyawa manusia kalau mahu tembak tembak saja kerajaan ada kuasa mutlak untuk buat apa saja kepada rakyatnya siapa berani menghalang kalau itulah arahan kerajaan.





No comments:

Post a Comment