SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
Freesandakantoday.blogspot.com
SEBAGAI seorang ahli UMNO sama ada
diperinkat negeri, Bahagian, Cawangan dan juga diperingkat akar umbi harus
menyokong kedua-dua pucuk pimpinan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dan juga
kepimpinan  negeri Datuk Seri Musa Hj
Aman.
Kerana kedua-dua pucuk pimpinan bukan
saja merupakan pemimpin yang berkeliber mereka juga seorang  pemimpin yang berjiwa rakyat banyak
membangunkan dalam pelbagai aspek perdana pembangunan asas di dalam Negara dan
juga negeri.
Jujur saya katakan  sebagai ahli UMNO kawasan Beluran yang juga
selaku Ketua Bahgian UMNO Beluran merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Sugut yang menang bertanding pada PRU13 lalu saya terus memberikan sokongan
padu yang tidak berbelah bagi terhadap pucuk pimpinan Pengerusi Perhubungan
UMNO/BN Negeri Sabah yang juga selaku Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Musa
Hj Aman.
Sejak Musa dilantik sebagai Ketua
Menteri dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Negeri  Sabah banyak berubah wajah dalam aspek
pembangunan asas sama ada di kawasan luar Bandar,kawasan Bandar juga kawasan
dipersisiran pantai.
Disini saya ingin mengajak rakan-rakan
seperjuangan dalam UMNO mahupun Komponen BN marilah kita sama-sama  memberikan sokongan padu yang tidak berbelah
bagi terhadap pucuk pimpinan Datuk Musa untuk terus menerajui kepimpinan
sebagai pemimpin nombor 1 dalam Sabah untuk terus mentadbir kerajaan BN sebagai
wadah perjuangan politiknya dipersada politik tanah air. 
James Ratib berkata panjang lebar  kepada Editor The Borneo Sabah Insider.Net
semasa  menjamu selera makan tengahari  selepas upacara merasmikan Mesyuarat Agung
Tahunan Ke 22/2015 Persatuan Nelayan Sandakan (PNK) di Dewan Masyarakat
Sandakan pagi tadi.

No comments:
Post a Comment