OLEH: SHAIMON S JUMADI
TERIMA KASIH.... Penduduk menerima sumbangan Genset 3000 dan 5000 watt daripada ADUN Sekong.
SEKONG:- Para pemimpin
Kerajaan Barisan Nasional (BN) memang sentiasa menitikberatkan dalam membantu rakyatnya sama ada tinggal diluar bandar, dalam Bandar dan dipersisiran pantai untuk
menikmati pelbagai kemudaha yang disalurkan
oleh kerajaan.
Sejak kerajaan BN memerintah
bermula dari tahun 1994 sehinggakah ke hari ini pihak kerajaan tidak pernah
rasa jemu dan tidak putus-putus untuk
meneruskan misi dan visi dalam membantu rakyat tanpa mengira kaum dan idologi
fahaman politik yang berbeza-beza sama-sama menikmati kemudahan yang
disalurkan oleh kerajaan.
Datuk Hj Samsudin Yahya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Sekong ketika memberi ucapan dimajlsi penyerahan dua buah Generator 5000 watt
kepada penduduk Kampung Pulau Shanghai kira-kira 50 batu nautika dari Bandar
Sandakan.
Katanya dua jenset itu
disumbangkan satu yang berkuasa 5000 watt adalah untuk kegunaan penduduk dan
satu lag berkuasa 3000 watt untuk
kegunaan Surau Pulau Shanghai.
“Saya percaya dengan adanya
kemudahan seperti ini yang di salurkan
oleh kerajajan sudah tentu memberi keselesaan kepada penduduk setempat untuk menikmati bekalakan elektrik.
No comments:
Post a Comment