OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kerajaan Persekutuan yang berpuas hati
dengan pelaksanaan GST, dan dijangka kerajaan akan memperoleh pendapatan tambahan
sebanyak RM22 billion.
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong menyangkal dakwaan itu pendapatan tambahan tersebut sebenarnya
kebanyakan adalah daripada golongan miskin sahaja.
Beliau
berkata, menurut statistik rasmi, kini terdapat 80% orang tidak layak membayar
cukai pendapatan, ertinya kebanyakan orang mendapat gaji bulanan kurang
daripada RM2500. Beliau berkata, golongan ini menghadapi tekanan kehidupan yang
berat, pelaksanaan GST akan mengakibatkan pendapatan boleh dibelanja golongan
ini berkurangan.
beliau,
golongan ini tidak berupaya untuk membayar cukai, bermakna mereka juga tidak
mencapai tahap untuk membayar cukai, kerajaan harus membantu untuk menambahkan
pendapatan, supaya mereka mampu membayar cukai, bukanlah wujudkan sistem cukai
yang “adil”, menyebabkan semua orang tanpa mengira kaya atau miskin juga perlu
membayar cukai, menambahkan beban orang miskin.
Wong
yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah berpendapat bahawa, kerajaan sepatutnya
menyemak semula prestasi kewangan, bukannya memaksa orang miskin membayar
cukai.
Prestasi kewangan kerajaan yang kurang ketelusan dan tidak memuaskan,
mengakibatkan banyak pembaziran, kerajaan harus mengambil tindakan mengatasi
masalah berkenaan, termasuk menghentikan rasuah, barulah dapat menjimatkan perbelanjaan
kerajaan. Jika dapat mengurangkan pembaziran dan rasuah, maka kerajaan pasti
dapat memperoleh pendapatan cukai lebih daripada RM22 billion.
Sebagai
contoh, Malaysia adalah negara pengaliran keluar wang haram yang ke-5 teruk di
seluruh dunia. Pada tahun 2012 sahaja, RM170.7billion telah mengalir keluar.
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan pembaziran dana awam, seperti kes
penyelewengan dan hutang 1MDB sebanyak RM46billion, kes projek lembu sebanyak
RM250 juta,
Kes Pelabuhan Klang sebanyak RM12.5billion,
Pembelian jet baru Perdana Menteri RM465juta, kes kewangan pangkalan tentera
udara, laporan audit mendedahkan RTM membayar RM100juta kepada Telekom tanpa
menandatangani perjanjian dan lain-lain, semua ini adalah kes penyelewengan dan
pembaziran yang serius, jika dapat dibendung, maka negara kita pasti dapat
menjimatkan lebih banyak perbelanjaan.
Kata
beliau, masih terdapat banyak kes yang berulangan berlaku, pihak berkenaan
tidak memandang serius dan mengatasi masalah. Kerajaan yang tidak integriti dan
kurang ketelusan mengakibatkan banyak kes pengaliran wang haram dan rasuah
berlaku.
Mengurangkan kejadian rasuah dan wang haram untuk menambahkan lebih
banyak pendapatan negara, adalah lebih baik daripada mengenakan GST untuk
mendapatkan RM22billion.
Beliau
juga berpendapat bahawa, GST akan menyebabkan masalah jurang kemiskinan semakin
serius, kerana golongan miskin dikenakan cukai yang lebih banyak dari segi
kadar, perbelanjaan bulanan bertambah, tambahan pula kini pasaran suram, lagi
susah untuk meningkatkan pendapatan. Pada masa ini,
Malaysia
merupakan salah satu negara yang mengalami jurang kemiskinan yang teruk, Sabah
juga merupakan antara negeri yang paling miskin di dalam negara, jika GST terus
dilaksanakan, ini akan terus meningkatkan jurang kemiskinan, menindas
kepentingan orang miskin, menyebabkan orang kaya semakin kaya, yang miskin pula
semakin miskin.
No comments:
Post a Comment