OLEH:
CHARLES P ANDIANG
KOTA KINABALU:- Orang ramai diseru supaya
berwaspada dengan tujuh warga asing yang diburu polis kerana disyaki terlibat
dalam dua rompakan bersenjata di pantai timur Sabah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Datuk Salehuddin
Abdul Rahman berkata, tujuh lelaki terbabit dikehendaki bagi membantu siasatan
dua kejadian tembakan merangkap rompakan di pantai timur Kinabatangan minggu
lepas.
Suspek, dipercayai terlibat dalam rompakan yang
menyaksikan pengurus ladang berusia 50 tahun Yuen Wing Wah ditembak mati dan
pemilik ladang Danny Wong, 30, cedera di daerah yang sama pada 13 April.
Satu kejadian yang sama berlaku beberapa hari
kemudian pada 17 April apabila pemilik kedai runcit berusia 50 tahun iaitu Mohd
Tahir Mamong telah ditembak di dada dalam kejadian yang berlaku pada waktu
siang.
Dia kehilangan dua jam tangan dan telefon bimbit, tetapi berjaya melarikan diri dengan memandu laju selepas ditembak.
Free Sandakan Today difahamkan
mereka tidak akan terlepas begitu
saja kerana pihak ESSCOM sedang giat
memburu ke 7 orang asing disemua kawasan ladang sawit di Kinabatangan dan
ladang-ladang sawit yang lain.
No comments:
Post a Comment