OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Kekotoran yang
terdapat di lorong bangunan Blok 16 Bandar sudah sekian lama tidak dibersihkan
bau busuk betul-betul mencemarkan nama
baik Bandar Sandakan yang bergelar Nature City dimata pelancong luar yang
sering berkunjung ke daerah ini.
Dimana tanggunjawab pihak
Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sebagai sebuah badan pertadbir khususnya dalam menjaga alam sekitar kenapa kekotoran
yang melanda dilorong bangunan Blok 16 tidak diselenggarakan.
Mana sudah para kaunsilor
yang telah dilantik dalam memainkan peranan untuk memantau satu-satu kawasan yang
dipertanggungjawabkan.
Atau mereka sengaja dan
membabi buta tuli tidak mendengar aduan orang ramai mengenai fenomena itu
sehingga menjijikan pandangan mata bukan saja dikalangan pelancong asing bahkan
dimata warga Sandakan sendiri.
Mereka tahu Sandakan adalah
nombor 2 bandar terbesar selain Kota Kinabalu, Bandar Sandakan adalah bergelar
Nature City (Bandar Semula Jadi) dengan terpampangnya papan-papan tandah (Bill
Board) begitu besar di sana sini yang menunjukkan Bandar Sandakan adalah
tarikan utama pelancong, akan tetapi sayang sekali bandar Sandakan boleh
dikatakan Kabar inda dari rupa tidak sejajar dengan gelaran Sandakan Nature
City kerana terdapat kekotoran di sana sini.
Sampai bila Sandakan terus
dilanda bau busuk yang boleh mengundang pelbagai penyakit kerana membiak
tikus-tikus mondok dan lalat-lalat.
No comments:
Post a Comment