OLEH:
SHAIMON S JUMADI
KARAMUNTING:-  Dalam menjaga kebersihan alam sekitar tidak
terletak bulat-bulat ditangan pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) semata-mata walaupun pada dasarnya ia dibawah selia
MPS untuk mengutip segala sampah sarap yang berselerak di bawah-bawah bangunan
dan ditempat-tempat lainnya.
Dalam pada masa yang sama
juga pihak Jawatankusa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) juga perlu memainkan
proatik dan iniatif dalam berperanan  bertanggungjawab bagi membantu untuk
membersihkan alam sekitar di tempat masing-masing.
JKDB Flat Karamunting boleh
menganjurkan gotong royong adakan mesyuarat panggil dan jemput semua penghuni
di Flat berkenaan bawa mereka untuk sama-sama menyertai gotong royong dengan
sekaligus Pengerusi JKDP boleh menulis surat kepada MPS untuk meminta bantuan
peralatan dan pengangkutan untuk mengankut sampah-sampah tersebut.
Selain pihak JKDB jangan
lupa jemput Ahli Parlimen Kawasan Batu Sapi Datuk Linda  Tsen Thau Lin dan Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya antara satu mereka suruh
merasmikan program Gotong Royong itu dan sekaligus bawa  mereka berdua untuk mengetuai program  berkenaan.
Sebagai JKDB yang dilantik
oleh pihak kerajaan ia ,merupakan mata telinga kerajaan kalaulah  JKDB  asyik  membisu seribu  bahasa ada apa-apa hal yang berlaku di
kawasannya tidak memperdulikan hanya mengharapkan MPS untuk membersihkan
sesuatu kawasan sampai bila-bilapun tidak akan berakhir.
JKDB harus pandai memainkan
peranan penting kearah merealisasikan bukan sekadar untuk menjaga penduduk
tetapi juga secara langsung perlu mengambil kira dalam aspek beberapa sudut
untuk membangunan sesuatu kawasan yang didiami itu  agar lebih indah dipandang mata.
Apa yang saya coretkan  ini hanya sekadar memberi pandangan yang telus
dan ikhlas untuk di kongsikan bersama 
demi kebaikan agar kita sebagai seseorang  pemimpin kerdil yang diberikan tanggungjawab
tidak lalai dalam menjalankan  satu-satu tugas
yang telah diamanahkan kepada kita oleh pihak-pihak bersangkutan.
No comments:
Post a Comment