OLEH
SHAIMON S JUMADI
INI BANGSA PALING KEJAM daripada rejim Israel kalau mahu bunuh manusia macam bunuh binatang tiada titik tolak ansur rasa kesian atau rasa berdosa
SANDAKAN:- Kejadian
penculikkan malam tadi yang membabitkan dua warga tempatan seorang lelaki dan
perempuan yang berlaku di restoran Ocean King Pasir Putih dekat sini oleh sekumpulan penculik Abusayyap bersenjata
api M16 telah menjadi tanda tanya kepada masyarakat setempat.
Ahli Parlimen Sandakan (DAP)
Stephen Wong yang turut berada ditempat kejadian semalam setelah menerima
panggilan bertanya macam mana penceroboh atau penculik empat orang yang
bersenjata api M16 itu boleh masuk ke kawasan perairan Sandakan sedangkan
kawalan ketat oleh ESSCOM dipintu masuk lautan Pulau Nunuyan dan Pulau Berhala
Laut dipenuhi oleh kawalan rapi oleh Polis Maritim, Navy dan Tentera.
“Saya mahu tanya sama ketua
Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman sebagai Pengerusi Hal Ehwal Keselamatan
Dalam Negeri Sabah yang bertangungjawab sepenuhnya dalam menjaga keamanan di seluruh Sabah kenapa
nampaknya sekarang ini kes penculikkan dan rompakan bersenjata semakin hari
kian meruncingkan kenapa pihak ESSCOM yang telah diperuntukan RM600 juta buat kerja
macam acuh tak acuh saja” Ujar Wong.
Wong berkata lagi seandainya
pihak ESSCOM yang telah ditugaskan menjaga keselamatan diperairan Sabah dari
Sandakan sehingga kawasan Ezzone ke Kudat masih tidak cukup terkawal masih banyak kes-kes samun penculikan yang sukar
dibendung.
Selanjutnya Wong menegaskan
sebagai Ketua Menteri Sabah bukan sahaja harus bertanggungjawab beliau, tetapi juga ikhlas
mencari penyelesaian untuk menambahbaik keselamatan negeri kita.
Wong juga ingin mengingatkan
Musa Aman bahawa kes jenayah telah meningkat dan bertambah serius baru-baru
ini, sebagai contohnya, beberapa kes pembunuhan yang dasyat berlaku di Sukau
pada bulan April dua kejadian di Ladang Tung Sang dan satu kes lagi di Ladang Malanking dan kes
Ketiga di Ladang Sawit di Lahad Datu.
Rakyat sekarang sudah marah
tambah Wong kenapa dalam kawasan Bandar begitu mudah pengganas dari lautan
sulu bolos memasuki perairan Sandakan
dengan sewenang-senangnya di mana ESSCOM yang mengadakan perintah berkurung (Curfew)
dilautan sejauh 50 batu nautika dari daratan. Ini telah menunjukkan keselamatan
Sabah telah semakin serius dan ini adalah amat membimbangkan.
Beliau juga menambah kata jika sekarang darat utama Bandar Sandakan
boleh dicerobohi dengan begitu senang, maka keselamtan tempat lain di Sabah
juga tergugat dan rakyat berasa khuatir.
Wong berkata, Musa Aman
sebagai pemimpin berasal dari Sandakan harus mendesak kerajaan persekutuan untuk
menyelesaikan masalah ini bekalkan tentera sebanyak manapun kera mereka
seperti Polis, Maritim, Tentera dan Navy buat serbuan disemua pulau yang
ada diperairan Sandakan kerana dipercayai penculik-penculik itu masih berada dipulau-pulau
berhampiran bersembunyi
“Nampaknya rakyat di
Sabah sekarang dari segi keselamatan
mereka terang-terang sudah tidak
terjamin dan para pemimpin Barisan
Nasional (BN) sering melaung-laungkan kononnya
Sabah kini dalam keadaan selamat apa yang selamat cakap tak serupa bikin
indah khabar dari rupa” tegas Wong lagi.
“Para pemimpin Barisan
Nasional (BN) diperingkat Persekutuan sering melaung-laungkan seperti kata
Datuk Shahidan Kassim Menteri di Jabatan Perdana Menteri bukan main lagi suara lantang
bahawa di Sabah semuanya dalam keadaan selamat rakyat tak perlu takut.
Sekarang sudah terbukti
bahawa Sabah adalah selamat dalam bulan April kes rompak bersenjata tiga kali
berlaku dua mengorbankan nyawa melayang dan satu kes lagi separuh mati dalam
bulan Mei kes penculikan melarikan dua orang warga tempatan seorang lelaki dan
seorang perempuan di katakan Sabah selamat” Tanya Wong lagi
Wong berkata lagi
menghairankan kononnya kawalan ketak oleh ESSCOM tapi ramai PATI masih menjual
telur penyu dan rokok seludup berseluasa di Bandar dan di Batu 8 Jalan Labuk
tiada tangkapan buat oleh pihak polis atau pihak Kastam inilah menjadi satu teka
teki yang main di kepala otak masyarakat Sandakan anggota ESSCOM bukan main
ramai lagi berkeliaran di Bandar hingga
memakai topeng tetapi masih ramai juga PATI berkeliaran macam tak takut pula sama
pihak keselamatan.
No comments:
Post a Comment