Monday, 25 May 2015

HAKIKATNYA BANGSA MURUT TERUS TERPINGGIR DALAM ARUS PERDANA PEMBANGUNAN

· 
DARI HATI KEHATI UNTUK TATAPAN BANGSA MURUT
NURLIYANA ABDULLAH

SAYA bangga sebab dilahirkan sebagai bangsa/suku Murut yang kalau bercakap cukup lembut dan hormat orang tua serta berbudi bahasa luhur hormat tetamu.

Saya juga bangga kerana Antenom merupakan pejuang unggul yang paling berani mementang Inggeris di Rundum hingga mati ditembak oleh inggeris yang mendatangkan polis bantuan dari Sandakan ketika itu.

Saya bangga kerana pejuang lain sebenarnya bukan asal Sabah tetapi dato nenek mereka dari luar.

Mat Salih dari filifina dato neneknya, Albert Kwok yang membunuh 30 Jepun asal Sarawak, Sharif osman dan lain juga sama seperti Pak Musa dan Shahbandar, cuma Kamunta tetapi sedikit menyokong orang asing akhirnya.

Zaman Jepun kita kenal Julius stephen/Bapa Donald Stephen asal sedikit australia, Ambo Ali tidaklah sehebat mana dan demikian juga yang lain dipancung di Petagas.
Kerana itulah saya bangga dengan bangsa saya sendiri itu Murut yang punya Pahlawan bernama Antenom.

Disamping itu, saya juga bangga kerana budaya Murut yang rajin berkerja pada tanah, bertani dan berburu tanpa mengharapkan apa2 dari orang lain dan saya juga bangga bahasa murut itu bahasanya kalau diucapkan cukup lembut dan halus bunyinya banding Cina kalau 3 orang berkumpul dalam lift sama seperti sebuah pasar raya bisingnya.

Orang Murut boleh hidup kalau dibuang dalam hutan di mana-manapun, cuma sekarang ada orang Murut berusaha hidup dipinggir laut pantai tetapi itu tidak menjadi sebab Murut ini sudah biasa tinggal di hutan-hutan belantara  sedikit yang ada sungai.

Di kampung saya memang lebih kurang sama seperti dulu dan sungai masih diharapkan untuk mendapatkan air sebab kerajaan belum mampu menyediakan air paip dan api letrik juga lemah dan tidak cukup tenaganya yang menyebabkan alat2 letrik selalu saja rosak.

Tenom Kemabung, sebenarnya masih banyak yang harus diperbaiki meski sudah merdeka sekitar 50 tahun dan YBnya sendiri gagal berbuat sesuatu untuk menaikkan taraf hidup bangsa murut dan ini cukup menyedihkan.
Meski murut ini seperti diabaikan oleh kerajaan dan tanah tempat mereka bercucuk tanam sejak dan sebelum merdeka dimohon oleh orang politik yang berkuasa dan kesannya dihalau terhalau terpaksa lari ke Sipitang meninggalkan Tenom asal usul mereka. saja YB yang perjuangkan bangsa yang dihalau ini?

Tiap lima tahun  mereka datang ke pondok kami dan merayu sambil kasih beberapa keping zink dan tangki biru, bberas Nasional 10 kg wang tunai antara RM50.00 hingga RM100.00 dan  sambil itu mohon minta diundi dan sesudah menang mereka lari entah ke mana dan sesekali muncul sebentar dan kembali ke kota untuk menghimpun harta agar bernama jutawaan naik mercedes dan King Ninja sambil bergaya berlagak orang kaya dan bangga dipanggil YB.

Akhirnya beginilah, kalau ada perubahanpun hanya sedikit dan tidak seperti bangsa lain yang hebat dan berjawatan tinggi di jabatan kerajaan, sedang Murut meski ada kelulusan hanya layak berkerja di super market gaji cukup makan dan ada kalanya pergi ke malaya berusaha mendapatkan rezeki halal.
Lebih teruk bila dikatakan yang Murut ini mudah kena urut.


No comments:

Post a Comment