OLEH: SHAIMON S JUMADI
TERNAKAN IKAN SANGKAR MATI...akibat pemilik kilang sawit berhampiran membuat sisa-sisa kumbahan air bertoksik ke dalam sungai.
SEGALIUD:- Tindakan para
pemilik kilang sawit di Segaliud yang
membuang air kumbahan bertoksik terus
mengalir kedalam sungai berhampiran telah mengakibatkan sepsis habitab seperti
ikan udang banyak yang mati disebabkan
air sungai tercemar.

Kata penduduk yang namanya
tidak mahu disebut meminta jasa baik Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen
Thau Lin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya agar dapat datang kelokasi dimana
pemcemaran ini berlaku sambil membawa para pegawai Jabatan Kesihatan dan
Jabatan Alam Sekitar.

“Jadi kalau semua ternakan kami mati di mana lagi kami mencari sumber
untuk pendapatan harian kami disebabkan
pemilik kilang sawit tidak bertanggungjawab
dengan sewenang-wenangnya membuang sisa-sisa toksik dan air kumbahan
yang beracun kedalam sungai ini.” Jelas penduduk itu lagi
No comments:
Post a Comment