OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri
Mohd Naijb Tun Abdul Razak ke Sabah
baru-baru ini disifatkan sebagai berkempen untuk dirinya sendiri bagi mendapat
sokongan padu daripada ahli-ahli komponen BN untuk mengekalkan jawatannya
sebagai Perdana Menteri yang terlalu banyak dilanda masalah dalaman.
Jelas menunjukkan beliau gagal memaklumkan
sebarang pembangunan untuk Sabah dan ini lawatannya tidak membawa sebarang
makna bagi orang-orang Sabah dan juga
ramai pemimpin BN mengam-ampu pada ketika itu” Dakwa Ahli Parlimen
Kawaswan Sandakan (DAP) ketika diminta
mengulas berhubung lawatan tersebut.
Wong yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah
selanjutnya memberi komen bahawa, Perdana Menteri datang ke Kota Belud dan
Tawau untuk berkempen, kerana beliau menghadapi masalah besar tentang 1MDB di
Semenanjung Malaysia.
Beliau juga mengkritik kelakuan beberapa pemimpin BN yang mengangkat-angkat Perdana Menteri amat menjijikkan, antaranya Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan Abdul Rahman Dahlan yang berkata "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang paling baik dalam sejarah", dan beliau kuat mengampu-ampu Perdana Menteri.

Wong menegaskan bahawa, menteri dan pemimpin BN
Sabah patut memahami keadaan Sabah, mereka bukan sahaja tiada menyuarakan
masalah dan memperjuangkan demi rakyat semasa Perdana Menteri melawat ke Sabah,
malah hanya berupaya untuk mengampu-ampu, ini amat mengecewakan rakyat Sabah.
Pada pandangan beliau, Perdana Menteri sepatutnya mengumumkan rancangan-rancangan pembangunan untuk meningkatkan negeri Sabah ketika melawat ke Sabah, bukanlah bersusah payah mendapatkan berpuluh-puluh ribu orang dan membazirkan wang untuk berkempen.
Beliau berkata, pelbagai masalah di Sabah tidak dapat diperbaiki sejak 6 tahun Perdana Menteri memerintah, apatah lagi menyelesaikan masalah. Masalah pendatang tanpa izin, laporan RCI, Dasar Kabotaj yang dilaksanakan melebihi 30 tahun, infrastruktur dan lain-lain, terutamanya isu pendatang tanpa izin, tindakan yang dapat dilihat ialah operasi serbuan yang tidak dapat mengatasi masalah secara menyeluruh.

Wong berpendapat bahawa, menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin BN
negeri dan persekutuan sepatutnya menyalurkan masalah kepada Perdana Menteri
semasa kedatangan beliau, rakyat memilih mereka bukan untuk mengangkat-angkat
Perdana Menteri.
Wong sebagai Pengerusi Impian Sabah DAP, pernah
melawat ke kawasan pedalaman luar bandar dan mendapati keadaan kemiskinan di
situ adalah amat menggemparkan, ini adalah masalah yang tidak dapat
diselesaikan atau diperbaiki sejak penubuhan Malaysia selama 52 tahun.
Semasa Malaysia ditubuhkan, dijanjikan bahawa
akan mendapat pembangunan dan kemajuan serentak dengan Semenanjung, tetapi hari
ini, terdapat banyak kawasan pedalaman di Sabah, keadaannya tidak dapat
dibayangkan.
SABAH sudah mencapai kemerdekaan menerusi gagasan Malaya 52 tahun namum rakyat Matunggung masih minum air bercampur lumpur
Beliau juga berkata, setelah 52 tahun Malaysia
ditubuhkan, bukan sahaja menjadi salah sebuah negeri yang paling miskin, malah
ketinggalan 30 tahun berbanding dengan Semenanjung, terutamanya kawasan
pedalaman dan luar bandar, dimana kemudahan yang paling asas tidak diberi
perhatian dan dipertingkatkan contohnya di kawasan pedalaman seperti Matunggung
dan Kudat di beberapa buah kampung tidak mempunyai bekalan air bersih sehingga
penduduk menggali air semata-mata mencari air yang bercampur lumpur sebagai
sumbar air minum dan sebaginya.
Wong berkata, semasa lawatan Perdana Menteri, seorang pemimpin PBS Matunggong, memuatnaikkan isu tentang penduduk tidak mempunyai wang untuk memohon bekalan air, lalu terpaksa menggali telaga dan mengguna air tanah kuning, ini amat menyindirkan.
Selain itu, tidak lama dahulu, penduduk
tempatan juga menggunakan kereta lembu, mengheret pesakit untuk mendapatkan
rawatan perubatan, kes-kes seperti ini, adakah Perdana Menteri dan pemimpin BN
Sabah juga tidak tahu? Perdana Menteri berjumpa dengan rakyat di Kota Belud,
tidak jauh dari Kota Marudu yang paling
menyindirkan ialah, Timbalan Presiden PBS Datuk Maximus adalah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Beliau percaya, masalah ini hanya sebahagian kecil daripada bilangan itu, ramai rakyat di kawasan pedalaman Sabah yang masih menghadapi banyak kesukaran, kerajaan negeri dan persekutuan BN tidak membantu.
Beliau berkata, Rancangan Malaysia ke-11 akan dibentangkan pada 21 Mei, kini masih tidak tahu tentang rangka pembentangan.

Menurut Rancangan Malaysia ke-10, kerajaan BN
telah berjanji untuk membekalkan kawasan luar bandar di Sabah 99% tenaga
elektrik dan 98% bekalan air bersih, serta 2540 km jalan raya asfalt, Rancangan
Malaysia Ke-10 akan tamat selepas enam bulan, dapatkah kerajaan BN menepati
janji? Ini amat menyangsikan.
Wong menyatakan bahawa, Perdana Menteri berasa berhutang kepada Sabah, tetapi Sabah masih dianggap sebagai “negeri deposit”, diharapkan Perdana Menteri bukan sekadar bercakap sahaja dan membuli rakyat Sabah.

Beliau juga menasihati para pemimpin BN Sabah, jangan
hanya mengampu-ampu dan mengabaikan nasib rakyat, jika tidak akan dihukum
rakyat.
No comments:
Post a Comment