OLEH:
SHAIMON S JUMADI
FOTO
SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN:- Penduduk di 70 buah rumah papan
terletak di Sim Sim Tengah telah diberi notis roboh oleh Majlis Perbandaran Sandakan pada 4hb
April 2015 supaya mengosongkan rumah itu sebelum 4hb Mei 2015 jika mereka
enggan berpindah pihak mahkamah akan
mengambil tindakan undang-undang kepada penduduk terbabit.
Masalahnya bukan mereka enggan berpindah
walaupun pihak berwajib telah memberikan tempat baru mereka berteduh tapi
malangnya di Projek Perumahan Raykat (PPR) di Sungei Manila terlalu jauh dari
Bandar .
“Kami bukan tidak mahu berindah dari tempat
ini masalahnya terlalu jauh sedangkan penghidupan penduduk disini 80 peratus
adalah terdiri daripada golongan Nelayan.
“Bayangkan kalau kami berpindah di PPR Batu12
Sungei Manila di mana kami boleh menyimpan segala perahu dan pukat untuk kami
menangkap ikan, yang kedua anak-anak kami yang bersekolah dibandar.
Kami berterima kasih kepada pihak kerajaan
kerana hendak menempatkan kami dirumah agak istimewa cuma masalahnya jauh
mereka pergi kerja tambang anak-anak sekolah bukan murah kalau naik bas ulang
alik” kata Puan Murna binti Taroi selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Penghuni Rumah Sim-Sim Tengah kepada media disini kelmarin
“Saya merayu kepada pihak kerajaan agar kami
ditempatkan di PPR Taman Mesra sebab kami dengar cerita banyak kekosongan rumah
di Taman Mesra lebih 40 buah kalau disitu kami rata-rata setuju sebab apa kami
tahu Taman Mesra mempunyai sungai ini untuk membolehkan kami menyimpan perahu
yang berdekatan.
PPR Taman Mesra dalah pilihan utama kami jika
kami di beri peluang mendudukinnya ini
jelas kami boleh menyambung kehidupan kami sebagai golongan nelayan sebab ada
sungai kami boleh keluar kelaut untuk
menangkap ikan sebagai sumber pendapatan kami seharian untuk menyara
kehidupan keluarga kami” kata Murnah
lagi.
Dalam perkembangan berkaitan Ahli Parlimen
Sandakan Stephen Wong yang ditemani oleh Pegawai Khas Parlimen Sandakan Amsi
Liew dan Dayang Siti Zubaidah Datu Tahil
yang sempat menemui mereka yang sedang dalam kesusahan.
Wong akan membantu sedaya upaya untuk
berhubung dengan pihak MPS Sandakan bagi menempatkan mereka di Taman Mesra
sekiranya mempunyai kekosongan rumah.
“Walaupun saya Ahli Parlimen pembangkang
dalam saya membantu saya tidak mengira warna kulit bangsa dan agama sama ada
mereka tidak menyokong DAP atau sebaliknya saya tetap bantu ini sudah menjadi
kewajiban dan tanggungjawab saya seorang wakil rakyat yang dipilih orang rakyat
kita kembali kepada rakyat” tegas Wong.
Wong akan menulis surat rasmi kepada Presiden
MPS untuk meminta pertimbangan agar mangsa roboh rumah papan itu untuk diberikan selonggaran
sedikit masa untuk mereka tinggal dulu dirumah papan itu selagi mereka belum
ada tempat tinggal baru.
“Saya amat simpati atas nasib mereka apapun
saya tidak berjanji untuk mendapat penempatan baru khususnya di PPR Taman Mesra
tetapi kita coba sedaya upaya yang termampu” ujar Wong.
No comments:
Post a Comment