Sunday 24 May 2015

PROGRAM MEMBARA SEMARAK KEJIRANAN HARUS TERUSKAN DEMI PERPADUAN RAKYAT...KATA RAHIMAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI


LINDA TSEN DAN RAHIMAH bergambar dengan Ali Lembaga Tadika Tai Tung

 

BATU SAPI:- Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Rahimah Asrah berpendapat Program Membara Semarak Kejiranan  dan Hari Keluarga Bersama Datuk Linda Tsen Thau Lin MP Batu Sapi anjuran bersama Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi,Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Batu Sapi dengan kerjasama TADIKA Tai Tung bermenfaat kepada penduduk setempat untuk mewujudkan semangat kejiranan yang perlu dipupuk.

Ini adalah pertama  kali kata  Rahimah program sebegini dianjurkan terutama kasih di kawasan kaum Tiong Hwa khusus di Taman Mawar.

“Ini sejajar dengan kewujudan MPKW di kawasan Parlimen Batu Sapi yang berperanan untuk menjalinkan serta mengeratkan hubungan mesra di kalangan masyarakat majmuk.

“Saya selaku Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi yang juga merangkap Pengerusi MPKW Parlimen P185 Batu Sapi akan memikul tanggungjawab yang berat untuk membantu para kaum wanita khususnhya dikawasan Batu Sapi dalam pelbagai aspek” Ujarnya

Inilah peranan sebenar tugas dan tanggungjawab saya sebagai pemimpin Wanita UMNO dan Pengerusi MPWK Parlimen Batu Sapi untuk mencapai aspirasi dan inspirasi  wanita Batu Sapi dalam membangunkan bidang ekonomi dan lain-lain bidang.


Majlis Program Membara Semarak Kejiranan itu perlu diadakan disetiap kawasan perumahan ataupun kampung kerana melalui program ini pesertanya sendiri adalah penduduk setempat dapat mengenali antara satu sama lain dalam pergaulan semua eknik tidak kira Bumiputera, Cina dan India inilah tujuan MPWK menganjurkan program seumpama ini.

Perjuangan Wanita UMNO adalah merupakan tunjang dan tulang belakang kepada UMNO Bahagian maka wajar untuk membantu bagi meningkatkan perjuangan  dipersada politik tanah  air  kita kena bergerak cergas kearah merealisasikan perjuangan itu untuk sama-sama menggebling tenaga agar sasaran dan matlamat akan dapat dicapai.

Saya amat bersyukur kerana  mendapat dua pemimpin khususnya  di kawasan Batu Sapid an  Sekong iaitu Datuk Linda Tsen Thau Lin sebagai Ahli Parlimen dan Datuk Hj Samsudin Yahya  sebagai Ahi Dewan Undangan Negeri di mana kedua-dua pemimpin ini berjiwa rakyat seiring dan sejalan dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai wakil rakyat di kawasan  Batu Sapi dan Sekong semakin menyerlah

Kata Rahimah program Membara Semarak Kejiranan dan Hari Keluara Bersama Datuk Linda Tsen Thau Lin Ahli Parlimen Batu Sapi sebagai pengisian program tersebut ialah Pertadingan Melukis  Mewarna dan Pertandingan Nyanyian oleh murid-murid Tadika  Tai Tung.

Ketika memberikan ucapan alu-aluan di majlis tersebut Rahimah antara memuji sikap ibubapa kerana mendorong serta menggalakan anak-anak mereka menyertai pertandingan melukis di sinilah mulanya ibubapa untuk memupuk semangat kepada anak-anak diperingkat Tadika lagi supaya rajin belajar.

“Anak-anak adalah sebagai pewaris untuk memimpin Negara dari itu ibubapa harus menggalakan anak-anak mereka terus rajin belajar sehingga mencapai kecemerlangan agar dewasa ini 
jadi bangsa yang berguna kepada masyarakat dan negara” Ujar Rahimah lagi.

Rahimah berkata usaha murni dan peranan para guru-guru Tadika Tai Tung menganjur  program sebegini harus diteruskan dan ibubapa harus menyokong apa juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak Tadika untuk kepentingan anak-anak mereka untuk masa hadapan.

Sementara dalam ucapan perasmian Linda Tsen  antara lain mengucapkan  terima kasih kepada Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi  yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan keluaga (MPKW) Batu Sapi Rahimah Asrah dan pihak Tadika Tai Tung  atas kejayaan menganjur program tersebut.

Kata Linda Tsen kerjasama  seumpama ini tidak hanya pada hari ini  saja ianya harus diteruskan  pada bila-bila masa sahaja demi memupuk kerjasama yang erat dikalangan pemimpin,guru-guru dan juga para ibubapa bagi menjalinkan keharmonian kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.







No comments:

Post a Comment