OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKLAN:- Gara-gara kerajaan melaksanakan Perkhidmatan Cukai Barangan (GST maka dengan
itu harga barang-barang keperluan harian naik melambung tinggi ramai golongan
wanita khususnya suri rumahyang meneaga keluarga rasa tertekan.
Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong
berkata tindakan Kerajaan
menaikkan harga barang, menyebabkan pasaran merosot dan keupayaan membeli
lemah, ini juga merupakan kesan GST yang bermula sejak 1 April.
Wong berkata demikian semasa berucap di
Majlis Sambutan Hari Ibubapa anjuran Wanita DAP Sandakan. Beliau membidas
kerajaan BN tidak mempedulikan bantahan rakyat terhadap pelaksanaan GST.
Wong berkata, semasa kerajaan BN mencadangkan
pelaksanaan GST 6%, Pakatan Rakyat
membantah, tetapi ahli parlimen BN ada yang tidak faham, dan ada yang faham
tetapi menipu rakyat bahawa GST baik untuk rakyat.
Beliau bertambah, parti pembangkang membantah
pelaksanaan GST di dalam persidangan parlimen, tetapi bilangan ahli parlimen
parti pembangkang tidak seramai BN,
akhirnya cadangan GST diluluskan.
Kata beliau, yang paling lucu ialah sebelum
pelaksanaan GST, pemimpin BN menyokong penuh terhadapnya, tetapi selepas
pelaksanaan, pemimpin-pemimpin BN barulah sedar akan kesan
GST yang menyebabkan
harga barang melambung tinggi, dan menunjukkan GST tidak baik untuk rakyat,
menerima rawatan di hospital swasta pun dikenakan GST.
Wong berkata, baru-baru ini terdapat sebuah
kedai roti di Semanjung didakwa di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti
Pencatutan, kerana menaikkan harga dan untung 1 sen, lalu didenda 110 ribu
ringgit, tetapi kenaikan harga oleh syarikat kroni kerajaan BN pula tidak
diambil tindakan, ini menunjukkan kerajaan BN tidak adil.
Beliau berkata, baru-baru ini tarif air juga
melambung tinggi, tarif minimum ialah RM4, sektor perniagaan minimum RM22.50,
sektor perindustrian pula minimum RM70. Dulu kadar seunit ialah 90 sen, kini
dinaikkan sehingga RM1.60. Dipercayai banyak barang juga akan dinaikkan harga
selepas ini. Beliau ibaratkan “menyokong GST adalah seperti menyokong kerajaan
BN membazirkan cukai yang dibayar rakyat”, contohnya RM42.1 billion pada
1MDB.
Wong
berkata, rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerajaan BN, serta penindasan terhadap
Sabah, telah menimbul ketidakpuasan hati rakyat. Ramai pemimpin di Sabah bukan
sahaja tidak membantu orang Sabah, malah berpihak kepada kerajaan BN,
mengkhianati kepentingan dan hak rakyat, contohnya Dasar Kabotaj yang
menyebabkan rakyat Sabah terpaksa menghadapi harga barang 30% hingga 40% lebih
tinggi berbanding dengan Semenanjung.
Beliau bertanya kepada kerajaan BN,
mengapakah Sabah sahaja yang menghadapi harga barang tinggi? Kerajaan BN juga
membenarkan pengutipan caj penyambungan
elektrik sebanyak RM3300 di Sabah, dimana Semenanjung hanya dikenakan RM250.
Malangnya tiada seorang pemimpin BN di Sabah yang berani menyuarakan isu-isu
ini bagi pihak rakyat.
Selain harga barang tinggi, tahap keselamatan
Sabah juga bertambah bahaya, pengganas berani menculik orang di darat.
Apakah
pandangan kerajaan BN dan bagaimanakah kerajaan berhadapan dengan rakyat? Pilihan raya umum bakal datang, diharapkan
rakyat Sabah sedar apa yang perlu dilakukan, dan bersiap sedia seawal yang
mungkin, menolak kerajaan yang tidak bertanggungjawab.
ULASAN
KENYATAAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN DATUK
HASSAN MALIK
Sebagai
mengulas kenyataan menteri berkenaan banyak pembohongan daripada kebenaran
kata beliau (Hasan Malik) GST menguntungkan semua rakyat di Negara ini kita tidak
nampak di mana keuntungan sama rakyat sehingga sesetangah rakyat di Negara ini
terutama sekali golongan miskin jadi fobia kerana tidak mempu menanggung
keluarga yang ramai disebakan harga barangan terlalu mahal jika dibandingkan
sebelum GST.
Berikut
kenyataan Hasan Malik
Rakyat
mula sedar GST menguntungkan
Oleh: Faiz Zainudin
May
20, 2015
Kesimpulan itu berdasarkan jumlah aduan kenaikkan harga barangan
dan penipuan yang semakin menunjukkan penurunan
KUALA
LUMPUR: Rakyat negara ini sudah mula sedar bahawa pelaksanaan Cukai Barangan
dan Perkhidmatan (GST) terhadap barangan tertentu tidak membebankan.
HASSAN MALIK....GST memang menguntungkan rakyat termasuk golongan miskin
KUALA LUMPUR:- Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hassan
Maek berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan jumlah aduan kenaikkan harga
barangan dan penipuan yang semakin menunjukkan penurunan.
“Saya
lihat rekod kita menunjukkan aduan semakin menurun. Persepsi saya ialah rakyat
sudah mula memahami bahawa GST ini sebenarnya bukan menyusahkan sesiapa,”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Buku ‘Coffee Table’
Hasan Malek ‘Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat’ di Gloria Jeans Coffee, Menara
PNS, Bangsar South City pada Rabu.
Hasan
berkata, penerimaan rakyat jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan cukai
kepenggunaan iaitu GST sebenarnya menguntungkan rakyat.
“GST ini menguntungkan rakyat,” katanya.
Jelasnya, penilaian aduan yang dibuat pihak KPDNKK menerus
pelbagai kaedah, seperti, easy adu, e-aduan, mykira, malalui telefon serta
pusat anti percatutan.
“Semua kemudahan yang kita sediakan itu, mencatatkan penurunan,
kamu semua boleh semak statistik di pejabat KPDNKK,” katanya. POSTED BY FREE
MALAYSIA TODAY (FMT)
No comments:
Post a Comment