OLEH:
SHAIMON S JUMADI-FST
Saturday
March 11/2017
SANDAKAN:- Pengerusi DAP Sabah
Stephen Wong Tien Fatt menyelar saranan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima
Musa Aman agar rakyat seluruh Sabah mengenang budi Wong mengutuk keras
kenyataan tersebut dan sambil menyifatkan
kenyataan tersebut amat angkuh, langsung tidak mengerti demokrasi dan konsep rakyat didahulukan.
Dalam pada itu Wong mengingatkan Musa, jangan
lupa bahawa kerajaan adalah dipilih oleh rakyat, wajib berkhidmat kepada
rakyat, perkara seperti mengenang budi atau membalas jasa tidak patut wujud,
jika kerajaan tidak baik, dan rakyat tidak berpuas hati, maka berhak untuk
menukar kerajaan yang korup ini, kerana “rakyat adalah bos”!
Baru-baru ini Perdana Menteri Najib telah
melawat ke Sabah dan mengumumkan pelbagai projek pembangunan, termasuk
menaiktaraf lapangan terbang Sandakan, merasmikan PPR dan sebagainya, Wong
berpendapat bahawa kesemua ini biasa dilihat oleh rakyat, kerana setiap kali
menjelang musim pilihan raya, pemimpin BN akan menggunakan sumber kerajaan
untuk menjalankan projek-projek pembangunan, untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Walaubagaimanapun, Wong berkata, rakyat tidak
akan mudah tertipu, akan janji-janji
para peminpin kerajaan BN kerana telah
sedar akan taktik tipu helah kerajaan BN, rakyat jelas bahawa pentadbiran BN
amat teruk, terutamanya dalam pengurusan
kewangan yang lemah, mengakibatkan rakyat hidup dalam kesusahan, oleh itu tidak
kira betapa banyak projek atau “gula-gula politik” juga tidak berguna. BN
langsung tidak memahami kesengsaraan rakyat, hanya bekerja semasa pilihan raya,
kemudian menyuruh rakyat mengenang budi dan membalas jasa, ini menunjukkan BN
langsung tidak menghormati demokrasi.
Wong mengingatkan sekali lagi BN, jangan tunggu sehingga pilihan
raya barulah datang Sabah bersiar-siar, kemudian dalam sosial media berkata
betapa mementingkan Sabah. Sebaliknya, harus turun padang masuk ke kawasan
kampung, meninjau betapa susah kehidupan rakyat jelata, pergi melihat kawasan
pertanian dan kesusahan petani, serta memantau masalah kenaikan harga
barang-barangan yang dihadapi oleh rakyat jelata.
Kata Wong, 2 tahun kebelakangan ini, BN yang
tidak mengenang budi, lupa akan amanat yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan
raya yang lepas, kemudiannya melaksanakan pelbagai dasar yang menindas rakyat,
seperti GST, mengakibatkan inflasi; membatalkan subsidi minyak dan gula,
mengakibatkan harga barang melambung tinggi; Selain itu, kenaikan harga petrol,
kes-kes rasuah dan lain-lain, rakyat semakin sengsara, pemuda-pemudi amat
kecewa dengan masa depan, adakah kerajaan “membalas budi”?
Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan berkata,
kerajaan telah mengutip hasil cukai kira-kira RM4billion dari Sabah setahun,
dan kira-kira RM1.5billion hasil cukai GST, ini merupakan wang hasil titik
peluh rakyat Sabah, kerajaan wajib berkhidmat kepada Sabah, tetapi berapakah
peruntukan kerajaan yang diberikan kepada Sabah dalam setahun? Mengapakah
pembangunan Sabah masih mundur? Mengapakah ekonomi Sabah masih teruk?
Beliau berkata,
kerajaan telah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran BN, dan berjanji akan
berjuang sekuat-kuatnya, menumpaskan BN bersama dengan rakyat. Muslihat BN
telah terbongkar, taktik “gula-gula politik” menjelang pilihan raya tidak lagi
berkesan, rakyat mengharapkan perubahan. Reformasi harus dijalankan, untuk
memberikan kehidupan dan masa hadapan yang cerah kepada rakyat.
Pertama pentadbiran
kerajaan BN lemah adalah factor utama yang penglibatkan pegawai-pegawai kanan
Kerjaan Negeri dan Persekutuan dalam gejala rasuah besar-besaran inilah punca
sebenarnya yang selebihnya telah diambil
tindakan dan selebihnya dibiarkan beguti sahaja.
No comments:
Post a Comment