OLEH:
ISMAILY BUNGSU-FST
Wednesday
01/2017 March
INGAT 10 mac, 2017 jam 7:30 malam kita gempur Sembulan Tengah
dan semua dialu2kan datang.
Kalau mahu berdialog juga boleh dan ahli penal siap kalau
waktu mengizinkan.
"....Kita bukan saja menulis di media masa, tetapi
kita turun ke padang dan kempen dari rumah ke rumah dan kurangkan bercakap
sebab yang kita mahu WARISAN muncul sebagai pemerintah selepas PRU14 nanti
untuk bela rakyat " Kata Ahmad Sah semalam ketika sembang.
Kelihatannya Ahmad Sah yang bermula gerak cergas sejak
berbulan-bulan yakin BARISAN NASIONAL
akan tersungkur sebab sambutan rakyat sungguh diluar jangka katanya.
" Kita hentikan memperkatakan soal calon atau
penyelaras dan kita mahu berkerja terus dekati rakyat, anjur sebanyak mungkin
ceramah dari rumah ke rumah atau adakan sembang kelompok dan cara ini lagi
berkesan...." Tambah Ahmad Sah.
Apa saja yang harus diperkatakan malam 10 Mac nanti?
Lebih penting sesudah BARISAN NASIONAL memerintah sekian
lama apa jadi perkampungan MELAYU SEMBULAN tanya Ahmad Sah. Mereka semacam
diusir dan terusir.
Memang benar perkampungan Melayu yang dijanjikan kampung
contoh siap bakal jatuh ke tangan orang luar atas nama pembangunan bersikap
rakus dan tamak haloba menghalalkan cara.
Saya masih ingat kata Datuk Dayang yang menjadi ketua
Majlis Berbandaran dulu sekarang DBKK dan katanya Sembulan akan dijadikan
Kampung Melayu macam kampung Melayu di Kuala Lumpur tetapi apa jadi sekarang?
Kesihan bajau semacam diusir
bangsa lain juga sama dan yang ada sembulan bakal menjadi hutan batu bata.
bangsa lain juga sama dan yang ada sembulan bakal menjadi hutan batu bata.
Sembulan dan yang melayu kalangan bajau asal dan bangsa
lain lokal disingkir dan rumah-rumah diroboh yang bajau, brunei berlarian entah ke
mana dan sembulan bakal dipenuhi dengan hutan batu milik orang asing. Kesihan
mereka orang kita.
" Mereka itu rakus dibina bangunan bertingkat milik
kroni dan suku sakat sedang orang asal Sembulan dihalau menjadi pelarian dan
janji Sembulan jadi kampung contoh hanya AUTA semata" Tambah Ahmad Sah
semalam.
Bukan saja kampung Sembulan, malah kampung-kampung lain dalam bandar juga jadi mangsa si rakus
tamak dan haloba.
Kita tidaklah anti pembangunan dan jika benar Sembulah
dijadikan kampung contoh terbaik, maka sepatut diurus dengan baik macam kampung
Melayu atas air di Negara Brunei yang disusun indah dan menarik dan ini boleh
direalisasikan jika serius.
Makanya hal ini harus diusahakan dan WARISAN sesudah
memerintah harus menyusun semula yang tertinggal termasuk mereka yang tinggal
di NUMBAK dijadikan mangsa padahal sudah dijanjikan satu lokasi tetapi YB di
sana diam malah dikatakan kawasan dijanji untuk tiga kampung diluluskan untuk
sebuah syarikat membina syarikat berumahan membina rumah juta harta seunit dan
ini tidak mampu dimiliki oleh mereka kalangan rakyat sederhana dan jauh rakyat
termiskin.
Numbak jadi apa sekarang? Kesihan di sana ada sekitar
4,000 dan rata-rata orang lokal meski dikata orang asing dan yang kita tahu ada
asal Likas dan perkampungan yang berdekatan dan memang mereka bajau tetapi
bajau lokal yang bertahun-tahun tinggal di Sabah kesan keturunan Tun Mustapha.
Jangan lupa, kita gempur Sembulan malam 10hb Mac nanti
dan semua dialu-alukan datang tak kira yang ahli pemerintah, atas pagar dan ahli
warisan dimestikan datang untuk mendengar tokoh berbicara.
Salam warisan Sabah kena Ubah.
No comments:
Post a Comment