Saturday, 3 December 2016

Free Sandakan Today Online (FST) SETIA UMNO MEMBUTA TULI PIMPINAN NAJIB


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Saturday December 03/2016

DATU SERI  Shafie Apdal berbicara dengan saya hari ini dan katanya UMNO parti perjuangkan rakyat tetapi yang diperjuangkan sekarang ini bukan rakyat tetapi keboborokan perbuatan pemimpin yang terang-terangan  salah.

" Setia harus dlihat secara melebar dan jika setia membabi buta itu bukan cara kita dan bukan cara budaya kita dan Islam sendiri melarang sekongkol dengan kejahatan" Kata DS Shafie lagi dan memang benar dan saya akui.

Berbondong-bondonglah kamu untuk sama membuat kebaikan dan jangan sekali berbondong untuk melakukan kesalahan dan itulah ajaran islam dan pernah nabi sabdakan.

Pemimpin itu umumnya orang pertama yang masuk ke neraka jika tersalah pimpin dan kerana itulah jika pemimpin salah bawa kapal yang dipimpin kena tegur dan pemimpin kena siap sedia ditegur dan betulkan atau akur berhujah bukan memecat.

" Sekarang ini dalam UMNO pimpinan Najib, tegur tidak boleh dan yang tegur digantung pecat dan dia panggil polis untuk ditangkap" Katanya sambil ketawa dan saya juga ikut ketawa sebab kenyataan tegur panggil polis itulah yang membikin saya gelak tetapi ketawa saya diperlahankan sedikit untuk mempastikan saya dapat menangkap kenyataan DS Shafie yang bercakap lewat telefon hari ini.

Memang lucu bila dikatakan " sikit lapor polis panggil" dan itu jelas kerajaan Malaysia ini asyik terus menakut-nakutkan rakyat dan kalau begitu kerajaan memang jenis yang tidak mahu ditegur untuk kebaikan.

" Mereka ingat kita ini takut dan bodoh sangat. Kita tidaklah bijak tetapi tidaklah bodoh sangat" Katanya lagi dan itu menambah saya ketawa sambil ketika bercakap hujan turun dan kedengaran hujan jatuh di atas atap sama mengakui kenyataan seorang Shafie Apdal.

Kelihatannya perhimpunan UMNO yang ada sekarang ini bukan membicarakan masalah rakyat tetapi lebih fokas digunakan untuk ruang dan luang memuji pemimpin dan kelihatannya Najib dan Zahid terkedip-kedip mata mereka dan bangga duduk di atas pentas sedang yang di bawah terus melembu dan mengiyakan.

" Saya masih ingat perhimpunan lalu Najib berucap dan berjanji menurunkan hutang 1MDB hingga RM17 bilion dan ketika itu ahli-ahli UMNO di dewan bersorak sambil memuji yang Najib seorang yang bijak dan dapat selesaikan hutang dengan mudah" Katanya dan kemudian serentak itu ia tanya saya apakah benar hutang 1MDB sekarang tinggal RM17 bilion?

" Tahi kucinglah dan hutang 1MDB sekarang melebihi RM52 bilion dan banyak harta negara ia gadai jual ke negara asing" Kata saya dan kami sama ketawa tetapi ketawa saya lebih sikit maklumlah ketawa orang biasa dan kecil ( padahal tubuh kami sama) yang terus membangkang sejak 15 tahun lalu.

Memang petang ini agak banyak kami bicarakan dan DS Shafie Apdal akan menghubungi saya lagi dan berbicara hal lain sebab petang ini dia sedikit sebuk katanya.

" Kirim salam semua dan diharap semua ahli-ahli WARISAN terus tabah dan terus berkerja keras dan sehingga sekarang kita sudah mempunyai 30,000 ahli warisan yang berdaftar dan keahlian itu akan bertambah lagi dalam waktu terdekat..."

Katanya dan sesudah itu ia sempat berkirim salam dan mendoakan rakyat Sabah kalangan semua bangsa selalu dalam keadaan yang baik, aman damai dan berbahagia bersama keluarga.
SabahUbah 
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah


No comments:

Post a Comment