OLEH: SHAIMON S
JUMADI
FOTO: TOMMY YAP
Tuesday December
07/2016
SANDAKAN:-
Kerosakan teruk Jalan Raya di Jalan Loong Chun Batu 10 benar-benar menimbulkan
pelbagai masalah terhadap penduduk
setempat.
Jalan
yang dalam keadaan becak berlubang sana
berlubang sini menyukarkan kenderaan kecil lalu di jalan tersebut terutama
sekali orang-orang kampung berhampiran yang berjalan kaki.
Menurut
Yap masalah kerosakan jalan itu sudah lama dialami oleh para penduduk setempat
dan telah dimaklumkan kepada pihak-pihak yang berkenaan akan tetapi sehingga ke
hari ini tiada apa-apa reaksi dan tindakan diambil oleh oleh pihak kerajaan untuk membuat kerja-kerja
naik taraf jalan tersebut.
Barang
kali di Jalan Loong Chun itu ramai pengundi Cina jadi wakil rakyat BN langsung
tidak mahu mengambil perhatian soal masalah
atau kebajikan orang-orang Cina yang tinggal dikampung ini.
“Kami
harap mana-mana pihak yang terbaca
berita yang tersiar di portal Free Sandakan Today ini adalah menjadi harapan kami agar jalan
tersebut dapat diperbaiki segera” kata Yap.
No comments:
Post a Comment