OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Rabu
Desimber 07/2016
" KALI ani tah kita kerjakan dan jangan alang-alang biar mangurabat " Kata Saudara Yusoff Mohd Said orang
kuat WARISAN di parlimen Kimanis asalnya di Kampung Brunei dan anaknya Nadzree Yusoff tersenyum
saja bila bapanya bakurap Brunei.
Ketika saya makan
di restoran Kristan tadi, tiba2 ayahnda Datuk Johan Ghani menegur
dan katanya " Bah, jangan lupa 10hb Disember atu di kampung KUKUT
Beaufort" Katanya dan saya jawab " biar abis sidia di sana bakukut'
Datuk Johan Ghani ketawa dan kawan-kawan makan sama tadi juga ketawa.
Ini kalilah dan
bila lagi kalau bukan kali ini. Tiada lain kali, kita gegar di Beaufort dan
sekarang di mana-mana saja orang terus bercakap hal WARISAN kesan sambutan
cukup hebat dan menarik perhatian maka ada yang bercakap " jangan dipuji
dan jangan luan dihentam" Saya ketawa dan anaknda Yusoff said dan Nadzree Yusoff lagi
ketawa mendengarkan.
Sebelum ini sudah
diadakan acara jelajah di Kota Belud sekitar 4,000 orang dan di Tenom sekitar
16,000 orang sebab di sana kerusi 14,000 penuh dan di Membakut/Kg Brunei kerusi
3,500 dan ramai berdiri.
Di Kudat sekitar
4,000 orang dan kemudian di Sandakan sekitar 6,000 orang dan di Tawau sekitar
3,000 orang ketika itu dan banyak lagi diadakan perjumpaan secara kecil-kecilan
dan tanggal 10hb ini giliran Beafort lokasinya di kampung KUKUT sebelah
Puspakom.
Kesan jelajah demi
jelajah jelas ada kata mereka yang tinggal di kampung lagi kenal WARISAN dan
itu cukup baik dan dengan secepat kilat WARISAN sudah mempunyai ahli sekitar
35,000 orang hingga setakat ini dan masih banyak lagi borang di daerah-daerah yang belum diserahkan dan kelihatannya kian
hari kian ramai berdatangan dan mahukan borang dan itu sebab selalu saya
katakan usaha isu borang melalui laman warisan : warisansabah.org
Untuk acara di
beaufort, semua yang ada di sekitar dipersilakan datang dan ini awal-awal
dikatakan warisan tidak menyediakan tambang dan tidak menyediakan apa-apa
termasuk penginapan dan sebagai penganjur, maka minuman itu perkara biasa
sebagai budaya menyambut tetamu warisan dan bukan warisan datang ke sana.
Apa saja yang bakal
diperkatakan oleh seorang presiden yang namanya DS Shafie Apdal?
Datanglah dan
usahalah bermesra bual dengannya dan memang dia seorang yang ramah dan punyak
watak yang baik, tidak pernah memaki hina lawan dan dia berucap penuh berhemah
dan berfikir sebelum ia lontar kata.
Untuk menjadi baik
kita kena ikut saranan Imam Shafie dan itu lebih afdal dan lebih sempurna
banding yang lain dan itu sebab Imam Shafie mengutamakan ilmu kala berhujah dan
katanya dia lebih tahan berhujah dengan 10 orang ilmuan banding seorang yang
tidak tahu landasan ilmu.
Berdasarkan Ilmulah
sebagai ahli ekonomis yang ada pada diri Shafie itulah kita mahu Sabah yang
kaya dibangunkan dengan harapan semua rakyat mendapat berkat dan mendapat sama
kesenangan kesan hasil anugerah Allah yang satu.
Tiada lain cara
selain Sabahan harus bersatu dan harus bersama mengangkat nama Sabah yang sekarang
memang TERMISKIN dan terkenal dengan jolokan pendidikan ASAS tersorot dan ini
cukup menyedihkan sekali.
Segalanya di tangan
sabahan dan sabahanlah yang menentukan masa depan anak bangsa sendiri.
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
No comments:
Post a Comment