Friday, 9 December 2016

FST) Free Sandakan Today Online KENAPA HARUS GUSAR? WARISAN BELUM BENTUK MAJLIS TERTINGGI (MT) BAHAGIAN DAN CAWANGAN


( WARISAN parti kecil baru lahir)

OLEH: ISMAILY BUNGSU (FST)
Friday December 09/2016

ANAK yang baru lahir tentunya perlu dibesarkan duluan dan disekolahkan, lalu sesudah dewasa harusnya berkerja untuk membolehkan dia hidup sendiri dan sesudah itu baru memikir soal kahwin atau mendapatkan pasangan hidup alias gabung.

Nah, kalau demikian samalah maksudnya dengan parti WARISAN yang baru lahir kelmarin, gigi belum tumbuh dan melangkah belum tahu perlu diajar serta berak kencing juga belum faham maka untuk bergabung tentulah terlalu awal dan kelak diketawakan orang.

Warisan baru lahir melihat dunia dan di rumahnya sendiri belum lengkap, MT secara penuh belum diisikan dan belum ada pengumuman kecuali Presiden, Timbalan dan Naib-Naib  sedang jawatan lain termasuk di bahagian/cawangan belum ada.

Untuk gabung ini sama dengan istilah kawin, diri sendiri harus sekurang-kurangnya lengkap sedikit meski tidak sepenuhnya. Perlu cukup kewangan dan perlu jentera dan sesudah itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis tertinggi dan bukan diputuskan sesuka hati oleh presiden.

Khuatir kalau main BANTAI melulu dan akhirnyanya kesan keputusan yang gopoh bakal memudaratkan dan rasanya WARISAN berfikiran begitu sebab hingga setakat ini WARISAN belum pernah menyatakan tidak mahu bergabung, cuma mereka lebih banyak diam dan bersikap jelajah, tunggu dan lihat keadaannya nanti tapi ada beberapa parti sudah umum tidak mahu gabung dan tetap tanding 73 kerusi DUN dan 25 MP di Sabah. Tahniah!

Seperti yang saya katakan WARISAN parti kampungan dan parti kecil bukan parti orang kaya dan mereka kena isikan dulu kerusi Majlis tertinggi dan penyelaras-penyelaras  di peringkat bahagian/cawangan di kampung-kampung  dan kena lihat sambutan dan pandangan rakyat/itu sebab mereka terlebih dahulu jelajah kenalkan diri( kenal baru cinta)kala WARISAN bukan milik MT tetapi milik rakyat dan biar rakyat tentukan.

WARISAN tidak seperti parti-parti  lain yang usia puluhan tahun dan ahli beribu-ribu dan cukup dengan pengalaman yang hebat sedang WARISAN ini bak budak kampung yang mentah ilmu politik dan tentulah untuk gabung itu terasakan diri mereka kecil dan kerana itulah biarlah WARISAN dengan visinya kenalkan diri dan tambah ahli duluan sebab WARISAN ada sistem atau SOP untuk diselesaikan sebelum mengambil keputusan.

"....Kita tidak mahu baru lahir terus kawin dan kesan tidak kenal dan tidak ada persiapan akhirnya bercerai dan perang besar.." Kata salah seorang ahli WARISAN dan memang kenyataan itu cukup meyakinkan dan kebetulan DS Shafie Apdal jenis yang teliti dan hati-hati  serta berkerja penuh dengan disiplin tidak gopoh dan tidak mudah mengambil keputusan sesuatu isu yang terpenting.

Ucapan  Shafie  di Sandakan baru-baru  ini yang menyentuh di Sabah banyak parti itu sama sekali tidak memperkecil-kecilkan parti sebalik hanya menjelaskan kerja BN melalui ROS meluluskan banyak parti kesan guna sistem PECAH dan PERINTAH. Penubuhan banyak parti hanya di Sabah dan di negeri2 lain tidak. Lalu apa tujuan mereka?

" Tapi itu hak rakyat untuk tubuh parti dan Malaysia negara bebas dan yang lebih penting rakyat faham dan mengerti parti mana yang benar-benar  ikhlas berjuang untuk mereka dan kerana itulah WARISAN perlu dekati rakyat dan berikan kefahaman. Kenal dulu baru cinta. Bukan begitukah? " Tanya DS Shafie Apdal.

Jangan lupa esok jelajah WARISAN di Kg. KUKUT Beaufort jam 10:00 pagi dan diharapkan rakyat di sekitar jauh dan dekat datang beramai-ramai. Semua dialu-alukan  datang!


No comments:

Post a Comment