(WARISAN/Sabahan diminta hati-hati)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Sunday
December 04/2016
SEBENARnya pemimpin atasan UMNO/BN tidak khuatir
sangat kalau kalah di PRU14 sebab rata2 mereka memang kaya raya ada duit
berjuta, simpanan luar negeri dan rumah semacam istana meski beberapa keturunan
harta tidak akan habis dimakan.
Kalaupun
tidak diguna di Malaysia, mereka akan lari hidup di luar negara kesan kekayaan
yang ada itu menyebabkan mereka tidaklah susah sangat meski tidak punya kerja
di luar negara dan itu sebab ramai yang kaya lari ke luar negara kesan di
Malaysia ini hidup memang susah kesan skandal banyak sangat terjadi inflasi kos
hidup yang tinggi.
Apa
saja yang UMNO/BN takuti? Yang mereka takut ialah kalau kalah mereka yang ada
tahi busuk akan diheret ke pengadilan dan segala tong tahi akan pecah terburai
dan siap mereka bakal menghuni penjara kesan banyak sangat penipuan/tipu daya
serta skandal yang didiamkan/disembunyikan dan dipertahankan oleh sang barua
yang termakan budi dan terus pertahankan apa saja kebobrokan yang mereka
lakukan kala yang pertahan sama makan rasuah hingga rumah mereka juga macam
istana.
Malah
bukan saja kes terbongkar penipuan, malah akan ada yang menerima HUKUM GANTUNG
sampai mati kesan subahat membunuh Altantuya Seribu dan mendapat komisen kapal
selam yang tak menyelam malah akan terbongkar kes pembunuhan2 peguam dan yang
lain terkait dengan 1MDB. Siapa di sebalik pembunuhan itu? Tidak mungkin SIRUL
membunuh wanita cantik yang dia tidak kenal dan tidak ada hubungkait langsung.
Sesungguhnya
itulah yang paling mereka takuti dan dengan itu di PRU14 ini apa saja pasti
akan mereka lakukan demi kemenangan dan mereka terus berkuasa dan kerana itulah
setiap rakyat Malaysia terutama sekali yang di Sabah jangan sekali lalai serta
tertipu kesan permainan UMNO/BN yang bobrok.
Apa
saja yang UMNO/Lakukan untuk terus kuasai Malaysia ini dan elak skandal menipu
mereka terbongkar dan diheret ke mahkamah dan bakal dipenjara di sungai Buloh
atau gantung sampai mati?
Nah,
pertama yang mereka lakukan di Malaya ialah dengan cara pecah dan perintah dan
pertama mereka pecahkan PR dengan cara pujuk PAS untuk mereka bersatu dan
kelihatannya itu sudah berjaya hingga PAS dan DAP menjadi musuh dan kemudian
UMNO/PAS bakal berkawin dan itu secara tidak langsung UMNO akan meraih undi PAS
kekalkan kuasa.
PAS
seharusnya ingat katanya Nik Aziz untuk tidak tertipu kali kedua sebalik
tindakan Hadi Awang berbeza dan ia begitu mempertahankan pemimpin yang
terang2an punya banyak skandal yang memudaratkan negara bangsa. Apakah Hadi
juga termakan dedak yang dikata orang siap berjuta menunggu? Hal ini kita
fikirlah bukan tuduhan kesan terkilas ikan di air sudah tahu jantan betina atau
pondannya segala.
Disamping
UMNO/BN guna sistem pecah perintah, dalam masa sama diuar2kan konon DAP bakal
perintah Malaysia dan Malaysia bakal dipimpin oleh Cina dan itu mereka kaitkan
dengan Singapura tanpa mereka tahu mana mungkin DAP kuasai Malaysia sedang DAP
hanya tanding kerusi MP bawah 50 kerusi sahaja banding 222 kerusi MP seluruhnya
dan kerana itu mereka tanamkan kebencian terhadap DAP dikata komunis, DAPpig
dan diuar-uarkan kes Lim Guang Eng dikata rasuah sedang pembelian rumah itu
atas dasar masing-masing rela dan mahu menjual dengan harga yang dipersetuju.
Nah,
kesan itu mereka burukkan DAP yang kecil mereka besarkan sedang kes pemimpin
UMNO di pinang lagi teruk menjual gadai tanah Melayu di sana dan ketakutan
UMNO/BN terhadap DAP kesan bangsa Melayu sendiri ramai yang sertai DAP kesan
DAP telah memperlihatkan kepimpinan yang baik di Pinang dan itu diakui oleh
auditor negara sendiri.
Disamping
kes mereka tanamkan kebencian terhadap DAP, maka UMNO/BN katakan sokong AKTA
RUU355 yang dikatakan dibenci oleh DAP dan lalu dikatakan mereka DAP anti
Islam, padahal MIC, MCA dan seluruh parti BN di Sarawak dan Sabah sama tidak
menyokong HUDUD dan ini mereka lupa sebalik DAP menjadi sasaran dan alasan Hadi
Awang untuk memburukkan DAP dan itu sama dengan perangai UMNO/BN yang dalam
rumah mereka sendiri mereka lupa antara yang sama mengkhianati hukum
Hudud/RUU335 itu.
Di situ
kita nampak sangat permainan UMNO/BN untuk memecah belahkan pembangkang.
Kemudian
UMNO/BN akan gunakan segala jentera kerajaan yang mereka kawal seperti SPR, JPN
dan ini diguna untuk memindah undi ke suatu lokasi yang jauh dan kemudian
diusahakan menambah pengundi baru secara haram dan ada yang undinya berganda
kesan mendapat IC dan ini memang sudah berlaku sebelum ini disamping diguna
undi pos dan kemudian teknik lain mati lampu masa mengira undi. Barangkali
teknik ini tidak akan diulang, sebalik akan ada teknik baru yang kita tidak
tahu. Kita kena awasi.
Disamping
pindah undi, sekarang ini diuar2kan hal pengganas termasuk yang ada di Sabah,
lalu kita ditakut2i kesan Filifina menuntut Sabah, kes lanun yang tidak selesai
mungkin disengaja dan ini tentu tujuannya supaya kita menyokong parti
pemerintah dan yang melayu bersatu dalam UMNO sebab dikatakan hanya UMNO sahaja
yang dapat menjaga keamanan negara Malaysia dan hanya UMNO saja yang dapat
membela rakyat Malaysia. Apakah itu benar?
Selain
itu kes skandal wanita juga dibangkit ungkit seolah mereka tidak punya skandal
dan ini dilakukan kesan mereka gagal mengutip kes rasuah pembangkang yang
memang tiada, lalu kes wanita diulang-undang bangkit seolah kes wanita itu lagi bahaya
banding menipu wang rakyat berbilion yang mengalir ke luar negara dan khazanah
negara digadai kepada negara cina. Rakyat harus bijak memikirkan hal ini.
Mereka
beranggapan dengan cara mencipta skandal wanita itu akan dapat meruntuhkan
sokongan rakyat terhadap pembangkang dan itu kesilapan besar malah rakyat akan
terus membenci cara politik kotor yang cukup memuakkan rakyat Malaysia.
Kasus
skandal rasuah Jabatan Air Sabah- JAS
juga terus pembangkang dan DS Shafie disalahkan meski JAS itu sendiri di bawah
negeri dan laporan bertan dokumen didapati dan itu suatu yang tidak masuk akal.
Sebenarnya
kes itu tidak susah dan jabatan air itu sendiri di bawah Negeri Sabah dan
semuanya lantikan kerajaan negeri maka tidak lojik dikaitkan dengan DS Shafie
yang memang tidak kenal kedua pegawai yang sisiasat.
Dan
lagi keduanya akrap dengan pemimpin kerajaan negeri sendiri bukan dengan DS
Shafie Apdal dan untuk memburukkan pembangkang raih undi rakyat terus mereka
sebut seolah DS Shafie terlibat dan inilah sebahagian cara BN/UMNO raih undi
rakyat yang sudah tidak percaya UMNO/BN lagi.
Rakyat
Sabah jangan lupa UMNO/BN memang banyak duit dan itu duit kesan penipuan dan
itulah kelak mereka guna di PRU14 akan datang dan 3 hal yang menjadi ruang
luang untuk mereka menangi PRU ialah DUIT, MEDIA dan JENTERA KERAJAAN.
DUIT
akan mereka tabur kepada rakyat miskin yang mudah dipengaruhi dan MEDIA akan
kita lihat siasatan demi siasatan dan tangkapan demi tangkapan kesan dituduh
melanggar akta OSA, NEC dan segala macam dan jenntera kerajaan itu seperti SPR,
JPN, Polis, Kemas, JASA akan mereka gunakan secara menyeluruh dan apa apa saja
asal menang akan UMNO/BN lakukan.
Saya
bersama seluruh ahli kepimpinan WARISAN dan parti-parti pembangkang lain
nantinya akan bersatu dan jangan sampai soal calon menjadi tembuk sengketa yang
menyebabkan pembangkang kecundang dan rakyat menderita.
Tidak
perlu ada rasa tamak, haloba dalam hati dan bukan kerusi YB, menteri yang utama
tetapi rakyatlah yang harus diutamakan dan soal penyatuan ini biarlah
kepimpinan yang tentukan dan rakyat tumpu bersatu elak tuduh menuduh tetapi
semua harus berubah jangan sampai termakan dedak yang disediakan oleh BN gara2
wang berjuta yang dihambur disuapkan oleh UMNO/BN.
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
No comments:
Post a Comment