OLEH: SHAIMON S JUMADI
Jumaat Desimber 02/2016
SRI TANJUNG:-
Satu lagi pencemaran air sungai berlaku berdekatan
dengan Taman Kuhara Jaya penuh dengan sisa-sisa buangan minyak kotor kedalam
parit terus mengalir ke anak sungai
tersebut.
Perbuatan itu telah dilakukan oleh pemilik
sebuah rumah yang bertukar menjadi sebuah
bengkel memperbaiki kenderaan.
Pagi tadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri
Tanjung (DAP) Chan Foong Hing melawat ke
tempat tersebut sambil membawa pegawai-pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Sabah
yang ditemani oleh anggota Polis untuk membuat pemeriksaan keatas rumah yang
dijadikan workshop itu adalah segala
punca dan penyebab utama air sungai Kuhara tercemar.
Menurut pihak Jabatan Alam Sekitar Tawau pihak
akan mengambil tidakan keatas pemilik bengkel berkenaan akan di dakwa dibawah
seksyen 25(3)Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan membawa denda maksima
RM1,000.00 atau penjara tidak lebih 12 bulan.
Chan mengingatkan penduduk Tawau harus bekerjasama dengan pihak
Jabatan-Jabatan berkaitan jika ternampak ada pencemaran berlaku keatas
sungai-sungai berkenaan kerana air sungai tersebut airnya adalah sebagai
tadahan terus mengalir ke loji ini amat
berbahaya kepada manusia walaupun air telah diproses dan di tapis tetapi kalau
air itu mengandungi racun memang tidak boleh diminum.
No comments:
Post a Comment