Saturday, 24 December 2016

FST/....FORUM WARISAN DAPAT SAMBUTAN HANGAT



OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Sabtu Disember 2016/24

FORUM kenapa ke warisan tadinya yang diadakan di hotel lintas View kelihatannya berjaya.

Jumlah peserta memang LIMIT sekitar 100 orang tetapi yang hadir sekitar 150 orang dan itu satu kejayaan yang cukup baik, meski ianya terhad tetapi sedikit sebanyak itu dapat memberikan ilmu kepada yang hadir kenapa harusnya memilih parti warisan.

Saudara Mentoh mantan ketua penerangan UMNO Sepanggar memulakan forum dan beliau banyak menyentuh soal UMNO dan juga kepimpinan UMNO yang ada sekarang.

Memang UMNO tidak lagi sesuai dan katanya UMNO mesti dikeluarkan dari Sabah, tetapi untuk mengeluarkan UMNO tidak semudah disangka.

Saya kira yang paling penting diajak ahli-ahli UMNO yang tidak sesuai itu sertai Parti Warisan Sabah dan dengan itu barulah UMNO bisa ditumbangkan. Hingga setakat ini ahli UMNO yang sertai warisan di Sepanggar sekitar 5,000 orang malah akan menyusul kemudian.

Kedua yang bercakap tadinya ialah mantan ketua bahagian UMNO Tuaran yang namanya saudara Rakam dan ia lebih banyak memperkatakan hal pengalamannya dalam parti PBS sebelum sertai parti WARISAN.

" PBS hanya main angguk-angguk  dan tidak dapat mengubah keadaan di Sabah sebab UMNO lagi berkuasa" Kenyataannya itu memang jelas kesan PBS hanya menumpang di BN dan yang penuh berkuasa hanyalah UMNO yang dikuasai oleh seorang Najib.

Kehadiran PBS dalam BN hanyalah menjaga kepentingan diri pemimpin seperti Pairin dan dr Max, maka untuk berjuang demi Sabahan tidak akan tercapai.

Pairin sendiri diamanahkan soal kehadiran PATI ke Sabah dan menteri yang bertanggungjawab soal laporan RCI akan tetapi hingga sekarang jawatan demi jawatan ditubuh, mesyuarat demi mesyuarat diadakan sedang keputusannya semua gagal dan yang susah ialah rakyat Sabah sendiri.

Dtk Aziz selaku ketua WIRA Warisan juga berbicara soal sejarah pemerintahan di Sabah sejak USNO, BERJAYA, PBS hinggalah UMNO bertapak di Sabah.

Aziz juga menyentuh skandal JAS yang orang2 UMNO kaitkan dengan DS Shafie, sedang hakikat sebenarnya DS Shafie langsung tidak ada kaitan dan sekarang didiamkan dan akan terus didiamkan tanpa tindakan.

" Teo dan Awang Tahir akrap dengan ketua menteri, malah ketua menteri pernah hadiri hari jadi dan Teo sendiri mendapatkan banyak projek di Jabatan Air sedang DS Shafie tidak kenal keduanya, malah Jabatan Ai Sabah tidak ada kaitan dengan kementerian yang DS Shafie kawal dulu" Kata Dtk Aziz dan jika Allah izinkan WARISAN memerintah, maka penyiasatan akan dilakukan secara terpeinci dan bawa yang berkenaan ke muka pengadilan dan hukum dengan sewajarnya.
Di akhir acara yang sederhana itu YB Junz Wong yang sebelum ini merupakan ahli DAP/wakil DAP menjelaskan yang DAP sudah bertahun-tahun  berjuang sebagai pembangkang, tetapi kesannya apa yang Sabahan mahukan gagal di capai dan kesan kegagalan itulah ia sertai WARISAN berjuang demi kepentingan Sabahan.

Memang perbincangan yang diadakan tadi cukup menarik dan dengan perbincangan-perbincangan  berkenaan, maka sekurang yang hadir mendapat jawaban dari panel forum dan sekurang-kurang yang dijelaskan dapat dimengerti kenapa umno harus ditumbangkan dan rakyat harus mengundi parti WARISAN di PRU akan datang.

SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah


No comments:

Post a Comment