OLEH: SHAIMON S
JUMADI
FOTO: PAK ALI
23/2016 December Friday 
SANDAKAN:- Kegagalan  pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS)  dalam
melaksanakan kerja-kerja pembersihan saliran longkang dan parit  dipinggir jalan penuh dengan rumput-rumpai
adalah punca dan penyebab utama berlakunya banjir kilat di beberapa batang
jalan di kawasan-kawasan tertentu.
Macam
pagi tadi jelas Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt  hujan tidak sampai 30 minit Jalan menuju
masuk ke kawasan PPR Taman Anggerik mudah dilanda banjir kilat sedalam 1 meter
ini adalah berpunca dari saliran longkang yang 
semak  dipenuhi  dengan  rumput-rumpai yang tidak dapat menampung
perjalanan air mengalir dengan derasnya jadi bertakong akhirnya berlaku banjir
kilat yang telah mengendalami  permukaan
jalan raya.
Wong
berkata lagi perkara ini bukan sekali dua berlaku dan  dua tiga kali  sudah di publish  di portal The Sabah Insider Online- Surat
Khabar Cina dan portal Free Sandakan Today Online mengenai perkara yang sama
kenapa pihak JKR dan MPS masih lagi berdiam  diri dan tiada reaksi dan tindakan diambil
untuk mengatasi banjir kilat tersebut.
“Sepatutnya
dimusim hujan yang agak berpanjangan ini pihak JKR dan MPS dapat memainkan peranannya
dan bertanggungjawab untuk memantau semua perkara ini di setiap sudut bukan kah
pihak JKR dan MPS telah melantik beberapa syarikat yang ikat kontrak untuk
membuat  kerja-kerja menyenggelaraan
pembersihan longkang dan parit” kata Wong lagi
No comments:
Post a Comment