Sunday, 4 December 2016

Free Sandakan Today Online (FST) MASYARAKAT CINA BATU 12 TERUS TERPINGGIR OLEH WAKIL RAKYAT BN


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: BRYAN CHANG SHAK HUNG
Sunday December 04/2016


SEKONG:- Sudah lebih lima puluh (50) tahun saya tinggal di tempat ini sebelum Sabah mencapai kemerdekaan menerusi gagasan Tanah Persekutuan Melayu pada tahun 1963 lagi  sudah beberapa kali  sudah tukar ganti kerajaan negeri.

Mula-mula pada tahun 1963 hingga 1974 kerajaan  USNO (PAKATAN ALLIANCE) yang bergabung antara USNO-SCA dan MIC kemudian BERJAYA tahun 1975 hingga 1985  lantas Parti Bersatu Sabah (PBS) 1986-hingga 1994 setelah PBS kecundang muncul kerajaan BN tahun 1994 hingga 2016  tiada juga perubahan langsung tetap seperti sedia kala.

Seorang warga emas  yang dikenali sebagai Loh sahaja yang tinggal di Batu 12 berdekatan Jalan Cheng Ho menceritakan sebanyak sedikit kisahnya mengenai kemudahan yang ada ditempat tinggalnya.


Katanya lagi ramai penduduk di Jalan Cheng Ho ini keturunan bangsa Cina  sekian lama terus terpinggir dalam menikmati arus perdana kemudahan infrastruktur seperti jalan raya yang langsung tidak diambil kisah oleh beberapa orang wakil rakyat sejak di zaman pemerintahan USNO-BERJAYA-PBS dan BN.

“Kenapa kami bangsa Cina bukan rakyat bukan pengundi kenapa mereka membiarkan segala masalah yang terdapat di jalan Cheng Ho ini dibiarkan sekian lama di mana letaknya tanggungjawab para pemimpin  kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memwakili semua kaum  di Negara Malaysia” dengan nada marah Loh.


Setiausaha Bahagian DAP Sandakan Bryan Chang  Shak Hung  yang secara kebetulan membuat lawatan ke tempat Loh mendapati jalan raya untuk  menuju beberapa buah rumah di kampung berkenaan dalam keadaan becak  kalau di musim hujan sukar dilalui oleh kenderaan kecil.


Apapun Chang akan membawa perkara ini untuk pengetahuan pihak-pihak yang berkaitan agar mengambil tindakan keatas  jalan tersebut  yang telah menjadi punca masalah besar kepada penduduk setempat.







No comments:

Post a Comment