Friday, 9 December 2016

(FST) Free Sandakan Today..... JKR-MPS PERLU SELESAIKAN MASALAH PERSEKITARAN.....WONG




OLEH: SHAIMON  S JUMADI
 Friday December 09/2016.


 
SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt menyarankan kepada pihak berkuasa tempatan khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar dapat menangani  masalah persikataran  kawasan khususnya longkang mahupun parit-parti sama ada terletak dipinggir jalan atau berdekatan kawasan perumahan.

Wong berkata sekarang musim tengkuju (musim hujan) yang agak berpanjangan sehingga akhir bulan Februari 2017  di mana banyak kawasan  rendah mudah dilanda banjir  kilat  termasuk jalan-jalan raya anyak yang rosak berlubang sana sini.

Wong berkata dua batang jalan raya yang dalam keadaan kritikel ialah Jalan Cheng Ho  Batu 12 dan Jalan Loong Chun Batu 10 ia perlu diselenggaraan segera demi keselesaan penduduk setempat.


“Sementara dua batang Jalan Raya yang sering di landa  banjir kilat kalau hujan tidak sampai 30 minit ini gara-gara saliran  parit banyak yang tersumbat mengakibatkan  air bertakong.



Jalan yang dimaksudkan itu Ialah jalan Raya  Jalan Datuk Tay dan jalan raya  menuju ke kawasan perumahan PPR Taman Anggerik ini perlu di selesaikan juga oleh  pihak JKR atau MPS” tegas Wong.

No comments:

Post a Comment