Saturday, 10 December 2016

FST….Free Sandakan Today Online DATUK JUMAT, DI MANA KAU BERSEMBUNYI?


OLEH: ISMAILY BUNGSU –FST
Saturday December 10/2016

SAYA kenal sangat Datuk Jumat Idris dan kami sekampung di Likas sama aktif dan sama minum kupi malam-malam, sama bergadang dan cerita macam-macam yang lucu dan kekadang dia itu nampak tua dan sesekali nampak macam orang muda. Memang hebat dan pakar segala pakar. biasa orang kecil memang hebat.

Dia itu sama macam DS Shafie/kami bertiga sama kecil, cuma Datuk Jumat itu digantung 6 tahun kesan membantai Musa Aman dan kesan membantai itulah dia jadi mangsa. Memang dalam UMNO ini tidak boleh membantai dan mahunya terus akur membontoti dan tunduk-tunduk  cium tangan macam ulu takuyung. Begitulah.

Terbaca nota balasan Datuk Jumat di salah status ketika ditanya soal siapa calon PRU di kawasan Sepanggar dan jelasnya yang ia dengar Rahman Dahlan untuk ganti dia dan itu kelihatannya Datuk Jumat mahu ke mana?

jadi calon bebas atau ke WARISAN atau mungkin ke PKR dan rasanya kalau tidak ke WARISAN pasti ke bebas tetapi itu tidak mungkin dan saya lihat ia mirip ke WARISAN dan alasan saya mantan ketua penerangan di Bahagian UMNO Sepanggar dulu/Sdra MENTOH ARU telah sertai WARISAN dan bawa sekitar 3000 orang ahli UMNO diserah borangnya kepada Darell Leiking. Matai!

Ini kalilah saya jadi memutar-mutar dan rasanya UMNO di sana juga memutar kepala mereka dan Jainab yang asal Tawau lagi pusing dan akhirnya sesama mereka bakal bergigitan dan tidak hairan bakal tersungkur teruk.

Kenapa saya kata demikian?Nah, mulanya saya khuatir sangat kala dipanggil pidato di Numbak kawasan Sepanggar sebab di sana kubu UMNO dan lagi saya dikasih amaran jangan bicara politik dan saya diminta bicara hal budaya saja/kalau berkeras Dewan akan ditutup tak dibenarkan acara diadakan. Begitu sekali seolah saya ini penjenayah.

Jawaban saya jelas tidak akan bicara hal politik dan kesannya dibenarkan tetapi mereka lupa politik itu terkait semua perkara termasuk budaya dan bila saya berada di atas pentas dan mulalah saya menggila dan bercakap tanpa had dan tidak siapa berhak memberhentikan saya akan terus bicara.

Saya perhatikan wajah-wajah  yang hadir ketika itu memang marah dan marah mereka terasakan sangat dan saya benar-benar yakin di kawasan itu BN akan tersungkur meski siapa saja calon mereka dan rata-rata  di sana menyebut nama DS Shafie Apdal dan ketika itu saya yakin sangat BN akan tersungkur dan baik juga Rahman Dahlan bertanding di sana agar tahulah langit tinggi rendah.

Datuk Jumat bagaimana, bila ajak minum? Datuk Jumat bijak dan strateginya memang boleh tahan dan dia sorong MENTOH ARU sertai WARISAN dan di kawasan Sepanggar ada dua DUN( sepanggar/Darau) dan kali ini kedua kawasan akan jatuh ke WARISAN dan itu saya yakin sangat berdasarkan apa yang saya perhatikan dan sekarang keahlian WARISAN di sana sudah mencecah 4,000 orang ikut borang yang diisi meski kata UMNO itu bohong. Silakan kata!
Ini kalilah!

Saya kira Datuk Jumaat di hari jumaat ini ketawa membaca nota saya ini dan harap-harap nanti kami ketemu sama dan untuk makluman datuk, minggu lalu ada orang kuat datuk seramai 5 orang ketemu saya di Restoran Rohayu sudah menyatakan siap ada 500 orang ahli UMNO mengisi borang WARISAN dan saya nasihati nanti diserahkan kepada presiden parti dan kata orang Datuk itu akan ramai menyusul sertai WARISAN.


Kali inilah. Tiada lain kali. Kali ani tah.

No comments:

Post a Comment